Friday, May 17, 2013


“Bertawakal kepada Allah” itu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ‘Google Hangout – Borak Bersama Anwar Ibrahim’, 17 Ogos 2012.

“Saya yakin kali ini, kita akan dapat tawan Putrajaya dan Datuk Najib akan beralih menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan kita tengok bagaimana prestasi dia (Najib) Ketua Pembangkang pula,”katanya lagi dengan penuh yakin.

Jika ketentuan Allah tidak menjadikan keyakinannya menawan Putrajaya tercapai dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Anwar berjanji akan bersara dari politik.

“Tetapi andai kata..kerana kita tawakal..saya tidak dapat mandat, maka saya dah umumkan, wajar kita berikan ruang kepada barisan kedua dalam pimpinan Keadilan, Pas, DAP.


“Saya bercadang dalam keadaan begitu untuk kembali ke kampus kerana ada juga beberapa pelawaan universiti-unversiti terkemuka untuk saya teruskan tugas sebagai profesor,”janjinya sebelum PRU 13.

Selepas keputusan PRU 13 diumumkan, takdir Allah menentukan Anwar gagal menawan Putrajaya, lantas akhbar perniagaan The Edge Malaysia membuat satu undian, wajar atau tidak Anwar mengotakan janjinya untuk bersara dalam dunia politik seperti yang dijanjikan sebelum ini.



Hasil undian The Edge mendapati 80 peratus mahu Anwar mengotakan janjinya dan bersara dari dunia politik.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman dilaporkan Utusan Malaysia berkata walaupun Anwar pernah berjanji dengan nama Allah, namun bekas ketuanya itu tidak akan mengotakan janjinya itu.

“Dia seorang pembohong besar seperti yang kita dapat lihat janjinya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 hanya cakap sahaja.

“Anwar akan terus mengadakan perhimpunan haram bagi membangkitkan kemarahan terhadap kerajaan dengan penipuan dan menaikkan emosi penyokongnya bagi pelan yang lebih besar,” katanya.

Menurutnya Anwar tidak akan bersara politik, selagi cita-cita menjadi Perdana Menteri tercapai. - AIDC



11 comments:

Anonymous said...

dia tak kembali jadi pensyarah sebab sebenarnya tak ada tawaran langsung. he he he apa ilmu yang dia ada. ilmu menipu ada la

Anonymous said...

Kaki lima adalah universiti yang terbaik, anuor dah pun jadi pensyarah disitu, tapi sekarang dah hebat, dah ada stadium, jadi kaki lima dan stadium adalah universiti terbaik.

Anonymous said...

anwar pukimakun!

Semut Hitam said...

Salam sejahtera.

Mohon pihak tuan dapat memasukkan laman portal Berita Pahang dalam senarai blog list tuan.

Kerjasama tuan sangat - sangat kami hargai. Terima kasih.

http://bpunp.blogspot.com/

Anonymous said...

Pensyarah apa ke bendenye? Nnt habis pelajar lelaki rasa nyilu kat lubang punggoq.

Yunas Kron Daen Rahimi said...

sokong yang membawa rebah.......

Anonymous said...

Saya harap tajuk tukar. Frasa "Allah pun kena tipu" membawa konotasi negative ttg kekuasaan Allah & contradict dgn sifat Allah yang Maha Mengetahui apa yg tersembunyi.

kongkanggatai said...

Sekarang pun nuar dah jadi pensyarah, beriburibu anak murid pakai baju hitam...warna org berkabung....keh keh keh.profesor kelentong

pelangkung said...

Kalau dengar pada cakap..macam maulana atau mufti, tapi hampaih pun x dak....ciiiis.

Anonymous said...

kah...kah...kah...kah...:-ppppppp

Anonymous said...

x habis2 nk menipu rakyat.... duduk je rumah jaga jijah je....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.