Saturday, May 25, 2013

TERHOT : ANWAR KANTOI BESAR-BESARAN..


Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.


"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.

Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya mendapat "tweet" mengatakan lampu padam oleh "cybertrooper" yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU-13.

"Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

"Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata, cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. - BERNAMA



5 comments:

Anonymous said...

adakah pekara sebegini perlu didiamkan sahaja atau perlu di ambil tindakan undang-undang kerana memfitnah. kesannya bolih meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Anonymous said...

kita diamkan saja.kita beri amaran.tak pe.kita pentingkan rakyat lebih2 lagi rakyat yang kononya tak ada kebebasan langsung...kita dakwa pun buat apa mereka mempunyai ramai peguam2 yang handal2 belaka daripada kalangan benggali india cina dan melayu.

Anonymous said...

Penyokong depa ni, bagilah bukti apa-apapun diorang tak percaya. Sebab tu kita boleh katakan diorang ni makhluk asing. Nak bagi diorang percaya ialah bila yang buat salah tu kena mengaku. Selagi dia tak mengaku, buang masa saja layan puak ni. Sebab tu kalau salah dari segi undang-undang, jalankan undang-undang. Biar dia panggil peguam dia yang paling handal, apa takut. He- he he berani kerana benar

Othman Ahmad said...

Kesabaran kita ada hadnya. Kini kita harus bertindak. SPR harus dan saya desak tindakan undang-undang dikenakan kepada pihak pembangkang kerana menghasut dan memfitnah hingga mencemar kredibilti SPR dan negara Malaysia.

Pakatan Rakyat memang Pakatan HARAM kerana sehingga kini Persetubuhan mereka tidak berdaftar. Tindak tanduk mereka pun selama ini pun mencerminkan mereka HARAMJADAH.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim mampu melakukan . semua tipu helah ini, tetapi ada juga pecacai hatam jadah saggup bersekongkol, bersubahat, melakukan khianat, memfitnah dek kerana nafsu sonsang, , dendam, tamak dimiliki individu bernama Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia yg berfikiran matang, waras dan sedar dapat menghidu perwatakkan Anwar terutama gerak geri tubuhnya, percakapannya, air mukanya, wataknya. dan . lakonannya. Muhasabah diri, byk berdoa, memohon petunjuk Allah SWT supaya tidak akan menyesal, pada diri dan keluarga serta anak cucu kita dimasa depan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.