Saturday, May 25, 2013


Wow Yikebike bakal menjadi tarikan baharu di Festival Belia Putrajaya ( FBP ) 2013 apabila diperkenalkan kepada umum di sepanjang temasya empat hari ini.

Yikbike mendapat perhatian rakyat Malaysia sebagai jentera alternatif golongan belia tidak lama lagi. Menurut salah seorang pemilik Wow Yikebike, Fadzil Muda Zahian Sairon, 23 yang kini giat dengan acara sukan basikal ini menganggap basikal terbaharu ini lebih ringkas dan sesuai dengan cita rasa golongan muda. Beliau yang akan bersama sama memeriahkan lagi Festival Belia Putrajaya akan mengadakan promosi basikal ini kepada umum bersama-sama rakannya.



Yikebike juga telah mendapat anugerah “ The Guinness World Record : Smallest Lightness Fordable Electric Bicycle”. Sebuah basikal elektrik yang mempunyai reka bentuk yang moden, saiz yang kecil, cantik, mempunyai ketahanan dan boleh dilipat untuk memudahkan untuk di bawa ke mana saja. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dan mesra alam basikal Yikebike kini telah mendapat kelulusan untuk digunakan di Malaysia.

Spesifikasi Yikebike adalah seberat 11.5 kg, boleh dilipatkan dan dipasang kurang 15 saat. Basikal ini mencapai kelajuan 23km / jam,lampu LED, lampu sisi, lampu brek, lampu belakang, lampu kecemasan, mesra alam, 50 minit masa yang diambil untuk caj semula. Ia juga menjimatkan, 0.04 sen setiap kilometer. Apa yang yang pastinya Yikebike dapat mencegah pencemaran udara malah dapat menyihatkan tubuh badan rakyat Malaysia. - KBS


1 comments:

Anonymous said...

harga berapa RM? kat mana blh order?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.