Friday, May 24, 2013


Berikut adalah surat terbuka Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin kepada sebuah media antarabangsa, The Economist bagi pihak kerajaan Malaysia bagi memberikan maklum balas berhubung liputan berita media terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

TUAN - Pilihan raya umum Malaysia telah berlangsung aman dengan catatan keluar mengundi terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah negara ini.

Proses pilihan raya ini turut dipantau oleh badan bukan kerajaan (NGO) bebas yang telah menggesa semua pihak untuk menerima keputusan lalu.

Namun, berbeza dengan laporan anda yang bertajuk("Tawdry victory", 11 May 2013) dan tuduhan oleh pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga kini tidak satu pun bukti untuk menyokong apa-apa tuntutan penipuan pilihan raya atau luar aturan.

Dakwaan yang mengatakan terdapat warga asing yang telah dibayar sebagai "pengundi hantu" telah dibuktikan palsu apabila tidak ada satu pun kes yang direkodkan pada hari mengundi.

Semua kertas undi telah disemak dan dikira di hadapan wakil-wakil dari semua parti yang bertanding. Jika terdapat mana-mana bukti penipuan, pihak kerajaan menggalakkan parti yang berkaitan untuk memfailkan petisyen di mahkamah bagi membolehkan proses pengadilan dilakukan.

Bagaimanapun, Anwar menolak untuk menerima keputusan pilihan raya kerana mempunyai cita-cita peribadi sepanjang hayat beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Presiden parti beliau sendiri dan rakan-rakan perundangan beliau turut telah menggesa beliau menerima keputusan itu.

Mereka telahpun mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua-ketua kerajaan negeri di mana mereka menang.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah tampil ke hadapan untuk perdamaian nasional.

Beliau akan mengutamakan pembaharuan utama yang dijanjikan sebelum pilihan raya untuk memastikan Malaysia menjadi negara dibangunkan menjelang 2020 seiring dengan amalan demokrasi matang dan liberal.

Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan
Putrajaya, Malaysia

Nota : The Economist merupakan media mingguan berbahasa Inggeris yang menerbitkan laporan mengenai hal ehwal antarabangsa yang memberi tumpuan kepada berita politik antarabangsa dan berita perniagaan dan pendapat dan dimiliki oleh akhbar The Economist Ltd yang beribupejabat di London.

6 comments:

Anonymous said...

Way to go KJ!

Anonymous said...

Ape punya manusia mcm ini .. Dia aje yg betul . Org lain semua tak betul .. Tu lah byk sgt mkn sumber haram ..

Anonymous said...

Hanya ajal maut shj yg blh selesaikan masalah perosak negara ni.tggu sj masanya pasti tiba.

Anonymous said...

Good. KJ. Quality. You are the future PM. Anwar is rotten personality & write-off.

Anonymous said...

Look at Anwar. Like skeleton in the closet. This guy "Nang Bo Te Nang.. Kwee Bo Tee Kwee". Malaysia will be doomed if ever he becomes PM.. DAP is shrewd. Not using chinese but a malay Anwar idiot to get into level ground with the Malays.

Anonymous said...

KJ harus berdiri rapat dengan pemimpin utama negara. munkin suatu masa giliran KJ pula menjadi teraju utama. perlu diingat , perjuangan untuk kepentingan negara bukan untuk kepentingan peribadi.Rakyat menilai kemampuan dan kepercayaan terhadap setiap orang dipilih memegang tampuk pemerintahan. Sekarang parti bukan ukuran utama lagi tetapi pemimpin parti itu akan dinilai untuk di pilih masa pilihanraya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.