Saturday, May 11, 2013


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta supaya berhenti berdolak-dalik dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya segera mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dalam masa terdekat.

Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, beliau difahamkan Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Pengarah ROS, Datuk Abd. Rahman Othman selama satu jam, namun dipercayai masih gagal membantu menyelesaikan kemelut dakwaan unsur manipulasi pada pemilihan parti itu.

Jelas Ramanan, Guan Eng dilihat sengaja 'membuang' masa dengan bercakap tentang perkara lain dan hanya menyentuh isu pemilihan CEC pada 15 minit terakhir dalam keadaan tergesa-gesa.

"Menurut sumber dalaman saya, walaupun mempunyai hampir satu jam untuk membincangkan isu CEC, namun Guan Eng sengaja melengah-lengahkan masa dalam pertemuan itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC DAP menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 perwakilan untuk mengundi pada pemilihan tahun lalu, selain timbul kemusykilan insiden memalukan iaitu salah kira undi.

Berdasarkan Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, ROS tidak memberikan pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan CEC parti itu pada 15 Disember tahun lalu dan mengarahkan pemilihan semula diadakan.

Ramanan berkata Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan tidak berminat untuk mengadakan pemilihan semula yang melibatkan 753 perwakilan yang dinafikan hak untuk mengundi bagi memilih pemimpin mereka.

"Sumber saya dalam DAP pula mendakwa Guan Eng 'takut' andainya keputusan pemilihan semula tidak berpihak kepada diri dan 'kroninya'. Oleh sebab itu, beliau lebih mengharapkan pendaftaran DAP terbatal dengan sendirinya supaya boleh menubuhkan parti baharu," dakwa Ramanan.

Tambah beliau, andainya kesemua perwakilan yang merupakan akar umbi mendesak supaya pemilihan semula diadakan, kemungkinan besar keputusan undian tertinggi pasti berpihak kepada Speaker Selangor, Datuk Theng Chang Kim, diikuti Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

"Antara jalan paling mudah untuk mengelakkan akar umbi yang ketika ini sudah mula agresif mahu menggesa pemilihan semula ialah dengan membiarkan ROS membatalkan pendaftaran DAP," katanya.

Ramanan turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya.

Dalam pada itu, Ramanan turut mencabar ROS supaya tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan beliau bahawa Guan Eng sengaja melengah-lengahkan pemilihan semula parti.

"Sila jelaskan kepada umum, adakah pertemuan antara ROS dengan Guan Eng telah diadakan dan sejauh mana kerjasama beliau serta benarkah khabar angin bahawa Ketua Menteri ini memang sengaja mahu pendaftaran parti itu terbatal dengan sendirinya?

"Jika tidak, adakah DAP akan mengadakan pemilihan semula dalam masa terdekat?" katanya. - UM


6 comments:

Anonymous said...

MALAM INI ANWAR DAN LIM GUAN ENG AKAN BERHIMPUN DI PERMATANG PAUH. HARAP POLIS BERTINDAK TEGAS, JANGAN BERI AMARAN SAHAJA.

Anonymous said...


SMM kumpulan budak mahasewel, belum kena cuci otak dengan air sabun, nanti pdrm mandikan kimia barulah pulih sewel masing-masing.

Peniti Karat said...

Lim Guan Eng takut ... kalau diadakan pemilihan semula, dia mungkin akan tumbang.

Tapi bapak dia kan ada.

Anonymous said...

kit sial tu bapak dia. dari dulu anti melayu sampai dah nak mampus pun masih anti melayu. anak dia tokong pun ikut sama sebab itu saja cara mereka nak dapat sokong kaum cina. dap perlu ubah.

Anonymous said...

Biasa lah biawak suka putar belit. Semakin mng pru13 semakin kuat belit. Muka pun mengalahkan syaitan.

Anonymous said...

Tak mahu buat pemilihan CEC? Lu ada berani masuk mahkanah ke?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.