Thursday, May 9, 2013


Isyarat yang telah diterjemahkan oleh sebahagian besar kaum Cina semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lepas, cukup jelas. Tanpa mengira latar ideologi politik, latar sosial dan latar ekonomi, mereka seolah-olah memberikan gambaran bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO telah mengabaikan kebajikan, keperluan dan kehendak mereka selama ini. Ironinya sokongan padu ini berlangsung semasa perpecahan Melayu berada pada tahap kritikal.

Sebahagian kecil kaum Cina masih setia dengan BN walaupun api perkauman ditiup kencang oleh DAP. Sebagian kecil kaum Cina masih utuh dengan asas pembinaan negara ini berlandaskan kontrak sosial sejak merdeka. Sebahagian kecil kaum Cina masih mengenang budi kerajaan. Budi kerajaan yang menyediakan situasi yang kondusif untuk mereka mengumpul kekayaan. Terima kasih.

Selalunya apabila individu Melayu mengungkitkan hal sebegini, dianggap rasis. Percayalah orang Melayu adalah bangsa yang amat bertimbang rasa dan bertolak ansur. Kami tidak pernah mempersoalkan kenapa dan bagaimana kaum Cina yang menguasai ekonomi. Namun kami akan melenting apabila hak-hak kami yang termaktub di dalam Perlembagaan, dipersoalkan. Rasiskah individu Melayu bila mempertahankan apa yang tidak sepatutnya diusik?

Manifesto DAP yang secara terang-terangan ingin mengubah frasa-frasa tertentu yang sensitif dalam Perlembagaan (sekiranya berkuasa), amat mengguris hati individu Melayu. Sokongan sebahagian besar kaum Cina terhadap DAP, bermaksud menyokong hasrat itu. Itu tambah melukakan hati kami. Keluhan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman adalah manifestasi kedukaan pejuang Melayu yang berkhidmat untuk semua, tanpa mengira kaum dan agama semasa mentadbir negeri.

Garapan ini tidak bermaksud menghangat api polarisasi. Lumrah, apabila satu pihak menghenyak, maka pihak sebelah lagi bangun. Bangun tidak bermaksud menyinsing lengan. Bangun untuk menjaga kehormatan dan maruah. Rasanya tidak salah.

Malangya, kalaupun bangun, Melayu sekarang tempang. Keretakan yang sebenarnya dibina dan dipasak kemas ke dalam minda penyokong. Aduhai bangsaku, di saat kita galak bertelagah, mereka senyum dengan megah. Di kala kita ligat bertikam lidah, mereka bertepuk tak sudah.

Sebagai individu yang cintakan keharmonian dan perpaduan, saya dengan rendah diri merayu dan memohon barisan kepimpinan UMNO dan Pas berdiri dalam saf sama. Cukup-cukuplah kita berbalah. Cukup-cukuplah kita saling bercakaran.

Perjuangan Pas yang ingin memartabatkan Islam sebenarnya selari dengan aspirasi yang sebahagiannya telah dilaksana oleh UMNO. Kalau perlu dibaiki, datanglah baiki dari dalam, bukannya menghentam dari luar. Percayalah memang ada cahaya di hujung terowong bagi harapan ini. Percayalah hasrat Pas mustahil tercapai walau telah cuba berkongsi bantal yang sama dengan DAP. Ingatlah bahawa kita akan ditanya nanti tentang tugas ini di hadapan Allah SWT.

Biarlah PKR bersama DAP yang rakyat umum maklum akan matlamat mereka hampir selari. Saya dapat rasakan UMNO akan sentiasa berlapang dada menerima Pas. Sudah-sudahlah mengenang sejarah lepas. Datanglah wahai sahabat seagama dan sebangsa. -UM


7 comments:

Anonymous said...

Sekarang biarlah cina2 tersenyum puas, dan sekarang usahlah kita berasa gundah. Kemenangan sudah berpihak kepada kita dan sekarang kita sudahtahu tanpa undi cina pun kita boleh memerintah. Lepas ni kita pujuk balik anak2 melayu yang mengundi pembangkang supaya balik ke kem kita. Kita Cari jalan supaya Pas juga bergabung dengan kita. Harap2 lepas ni kerajaan tidak terlalu memanjakan bangsa cina. Kalau dah bagi pun tarik balik pelan2 umpama menarik rambut dalam tepung.mereka bangsa yang makan babi, sampai mati pun tak boleh dipercayai. Tahniah BN, dalam menghadapi terlalu banyak asakan , dari kiri, kanan, atas bawah, depan , belakang tapi masih mampu memenangi tampuk pemerintah.

Anonymous said...

Begitu menyedihkan apabila ada anak melayu dan Islam mengatakan bangsa sendiri rasis. Sedangkan mereka tidak muhasabah diri menilai sendiri keputusan pilihan raya di mana pemimpin tak kira dari parti mana tetapi berbangsa melayu Islam banyak kalah. Tak salah berbuat baik kepada bangsa lain tapi berpada-pada. Jangan kerana tak fikir panjang kita relakan hak kita ditarik satu persatu.

Anonymous said...

bersatulah wahai bangsaku. tolak anwar kerana rendah akhlak dan tidak layak jadi pemimpin.

Anonymous said...

Melayu perlu bersatu. Ingat masa depan anak, cucu, bangsa dan agama peninggalan nenek moyang dahulu.

iaa said...

Baling batu sembunyi tangan . Dah pijak kepala orang sekarang nak cerita harmoni ?? Memang cara sama yahudi buat di Palastine . Mula2 sewa lepas tu nak jadi tuan . Bila gagal tumbang BN b cerita harmoni .

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/9/nation/13088543&sec=nation

Anonymous said...

Orang pijak sebab kita konon nya lemah. Ada perbezaan Beb lemah dengan baik hati. Tapi kali ini hati kami dah terguris, luka dah terasa pedih. Dan yang bestnya, semua dah tau korang sebenarnya pura2, bila kami leka korang tunggu nak tikam belakang kami tapi Allah yg sebenar2 perancang. Rancangan korang gagal. Sekarang kami nak kerajaan yg kami pilih manghargai kesetiaan, dan keikhlasan kami. Walau macam2 yg mereka janjikan, kami masih percaya kepada Tuan2... kerana itu buktikan yang pilihan kami ini betul yg Tuan2 akan all out memberi kami benefit kali ini. The next 5 years is landowners' time. Peace yo....

Anonymous said...

Tak kira siapa yg memimpin, selagi mana bernama manusia mesti ada cacatnya..kita makhluk Allah yg dianugerahkan akal utk berfikir..jadi, gunakanlah akal sebaik mungkin di samping al-Quran sebagai panduan demi anak..cucu..generasi akan datang..bila negara, bangsa dan agama tergadai, masa tu menangis air mata darah pun tak guna..sudah tiba masanya bangsa melayu bermuhasabah diri..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.