HOT : 4000 PENGUNDI PAS DI PUTRAJAYA TURUT SERTA MENGHADIRI PROGRAM #FBP13 SEMALAM.. @Khairykj


Belia hari ini merupakan pemimpin negara pada masa depan. Oleh itu lanskap kepimpinan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi belia hari ini. Sehubungan itu, Festival Belia Putrajaya 2013 telah menganjurkan satu forum perdana sebagai pengisian kerohanian terhadap belia dalam bersedia berhadapan dengan segala cabaran, yang perlu diredah bersama kekuatan hikmah, bagi memastikan fokus dan pacuan ke arah gerbang negara maju tidak terganggu. 


'Belia Aspirasi Negara' merupakan tajuk perbincangan forum tersebut bagi memastikan belia bersifat transformatif yang mampu mengubah dan berubah mengikut keadaan. Namun setiap perubahan itu perlu terikat dengan nilai yang mulia dan mempunyai makna yang signifikan terhadap pembaikan ummah. 



Perubahan yang berlaku bukan kerana belia adalah generasi baru tetapi berubah kerana misi yang kita dukung, nilai yang kita perjuangkan dan keperluan perubahan. Seorang belia perlu mampu berinteraksi dengan persekitaran bagi mengumpul maklum balas, kecenderungan serta kemahuan generasi bagi memetakan hala tuju belia masa depan.

Forum Perdana tersebut telah diadakan di pentas utama dan para panelnya terdiri daripada penceramah-penceramah terkenal terdiri daripada Ustaz Hj Dzulkifli Hj Hamzah, Ustaz Tarmizi Abd Razak dan Imam Muda Hizbur. 

Imam Muda Aran pula dijemput khas sebagai moderator Forum sekaligus memeriahkan lagi segmen modal insan tersebut.

Sebelum Forum berlangsung, pengunjung turut dipersembahkan dengan persembahan kumpulan nasyid Mestica sementara Kumpulan Hijjaz pula membuat persembahan penghujung forum tersebut.

Apapun, EP ingin ucapkan tahniah pada pihak penganjur Festival Belia Putrajaya 2013 kerana berjaya menerapkan elemen keagamaan didalam Festival bagi memastikan belia di Malaysia dapat mengendong segala impian dengan penuh rasa tanggungjawab mengikut ajaran Islam...





HOT : 4000 PENGUNDI PAS DI PUTRAJAYA TURUT SERTA MENGHADIRI PROGRAM #FBP13 SEMALAM.. @Khairykj HOT : 4000 PENGUNDI PAS DI PUTRAJAYA TURUT SERTA MENGHADIRI PROGRAM #FBP13 SEMALAM.. @Khairykj Reviewed by Empayar Pemuda on 11:51 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Dah tiba muslim bersatu nyah cina.

    Budaya cina duduk disesuatu tempat dlm kelompok besar jika merasa aman dan boleh buat duit byk..jika tidak mereka akan mencari tempat baru.

    Boikot sampai mereka PAPA KEDANA..biar mereka berambus

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.