HOT : 20 PASANGAN INI AKAN INGAT FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 SELAMA-LAMANYA #FBP13


Seramai 20 pasangan pengantin menyempurnakan upacara akad nikah masing-masing dalam Majlis Ijab Kabul Mega sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di Masjid Sultan Mizan di sini hari ini.

Pengarah Majlis Ijab Kabul Mega Mohamad Sirajuddin Jalil berkata program kali kedua itu bertujuan membantu pasangan muda daripada golongan pertengahan dan tidak berada, mendirikan rumah tangga.

Caj RM5,000 dikenakan kepada pasangan untuk menyertai program ini dan bagi yang telah bernikah sebelum ini dikenakan bayaran berpatutan.

Bayaran ini merangkumi upacara akad nikah, kad jemputan, barangan cenderahati, majlis makan, potong kek, penginapan dan konvoi menaiki kereta BMW.

Pasangan Hadi Mustafa Ali, 28, dan Nurul Amirah Mohd Abas, 21, menyifatkan majlis ijab kabul secara beramai-ramai itu merupakan inisiatif yang baik kerana dapat menjimatkan perbelanjaan perkahwinan mereka.

Langkah ini memudahkan golongan macam kami untuk berkahwin.
HOT : 20 PASANGAN INI AKAN INGAT FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 SELAMA-LAMANYA #FBP13 HOT : 20 PASANGAN INI AKAN INGAT FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 SELAMA-LAMANYA #FBP13 Reviewed by Empayar Pemuda on 8:04 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.