Sunday, April 7, 2013


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan "tok guru", sebaliknya hanya seorang pemimpin politik yang ingin mendapatkan kuasa.

Katanya, pemimpin Pas itu sekadar 'peminat politik' yang tamak mendapatkan kuasa dengan menggadai agama.

"Orang tidak panggil tok guru, tetapi hanya peminat politik yang tamak mendapatkan tempat dengan menggadaikan agama.

"Ini bukan pemimpin, hanya nak undi dan mendapatkan kuasa. Inilah Nik Aziz yang bukan berjuang untuk Islam," katanya pada ucaptama Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Perkasa di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 di sini, semalam.

Beliau berkata, Nik Aziz hanya menipu rakyat untuk mendirikan negara Islam, walhal tanpa sokongan DAP, tidak mungkin Pas dapat mendirikan negara Islam ala Pas.

"Ada 222 kawasan (Parlimen), tetapi kalau Pas hanya bertanding 65 kawasan sahaja, bolehkah Pas menjadi kerajaan, tanpa sokongan (Pengerusi DAP) Karpal Singh, Pas tidak dapat apa-apa.

"Tetapi Islam Pas dan Islam kita nampak berbeza. BN tidak pernah menolak Islam, dengan mengisytiharkan negara ini negara Islam.

"Tetapi Pas nak buat (engara Islam) untuk menang kerusi dan Islam itu bergantung kepada Karpal Singh," katanya.

Tambah Dr Mahathir, sekarang Nik Aziz sedar dan terpaksa mengemis meminta pertolongan DAP dan PKR kerana dia tahu, mendirikan negara Islam ala Pas tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Beliau turut menyelar keputusan Nik Aziz masih lagi meneruskan jawatannya meskipun usia sudah lanjut.

"Kata nak berhenti, tetapi apabila saya sudah berhenti, dia (Nik Aziz) tidak berhenti lagi, hendak bertanding lagi dalam pilihan raya umum ini," katanya.

9 comments:

Anonymous said...

ya dia gila kuasa tapi duit elaun gaji kasi kat parti...

madey tidak gila kuasa pun tapi bedal duit rakyat berbillion billion...

Anonymous said...

Lu ade bukti ke bro... lu sembang mcm bgus je.. bodo pnya org..kmpom lu ni pgikut tegar parti hampas..x abis2 lg bebal lu ni...haakktuuiihh...!!

Anonymous said...

Cakap ulang2 mcm kakaktua tanpa bukti, Mat Sabu yg x pass u pun pandai...

Anonymous said...

TGNA dah melangkaui masa utk berkhidmat. A non performing / inefficient leader is as good as a corrupt leader. Takkan nak tongkat langit. Berundurlah secara terhormat.

Anonymous said...

UMNO harus sedar dan cermin kemampuan mereka melaksana Islam bagaimana tahapnya.Lihat lah ABH 2012 dengan wanita tanpa segan silu dedah aurat tanpa ada sekatan dan teguran pihak-pihak tertentu.Nak laksana hudud jangan cakap la memang dia (UMNO) tak da cita2 pun.

Anonymous said...

Cakap manifesto PR akan bengkrapkan negara... aleh-aleh hampir kesemua aku janji dalam manifesto BN tiru PR punya. Huh tak malu!!! Ketua Audit Negara telah memperakui bahawa semua negeri di bawah PR mampu mentadbir kewangan negeri dengan lebih baik berbanding negeri-negeri BN. Nak komen apa lagi woi!!!

Berita dari gunung said...

Kata-kata Tun Dr Mahathir tidaklah sepedas ungkapan Nik Aziz dan Hadi Awang yang tidak malu-malu membakar jasad orang Islam dengan huruf K.A.F.I.R berpuluh-puluh kali.

malaysian said...

MASIHKAH ANDA INGAT 4 JUNE 2008, HARGA PETROL DINEGARA DI NAIKAN SEBANYAK 78SEN KEPADA RM2.70 SELITER?????? HANYA 3 BULAN LEPAS PRU12, BN NAIKAN MINYAK 78SEN.
HATI-HATI MEMAKAN UMPAN, JANGAN SAMPAI TERKENA KAIL…..

Anonymous said...

Nik ajis terlupa ,satu jari menuding ke arah org lain,empat jari sedang menuding pada diri dia sendiri...apa dia buat selama jadi ahli politik....jawapannya hanya memecahbelahkan perpaduan orang islam dalam erti kata lain dia ni lebih kurang macam egen yahudi la dia nii.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.