Friday, April 19, 2013


Tindakan mengheret ulama Yusuf Qardhawi dalam kancah PRU 13 yang dipersoalkan oleh PAS semakin hangat apabila Naib Presiden PKR Nurul Izzah menegaskan surat daripada ulama itu akan tetap diedarkan kepada rakyat.

Nurul juga mendakwa surat itu yang dikatakan memberi sokongan mutlak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri pembangkang, dihantar oleh Qardhawi bukan sahaja kepada PKR, tetapi juga kepada PAS. 

"Itulah istimewanya dengan Dr Yusuf Qardhawi kerana beliau sebagai pemimpin Islam yang ulung, dia dapat berinteraksi dan memberikan surat tersebut kepada semua pimpinan PAS, Keadilan dan juga DAP untuk menyatakan kepercayaan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Nurul kepadaAntarapos. 

Ketika ditanya mengenai kewujudan surat itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini berkata Qardhawi tidak harus diheret dalam kancah politik tanah air. 

"Beliau (Yusuf Qardhawi) tidak mengundi di sini, beliau rakyat Qatar, yang berhak ialah pengundi-pengundi," kata Hadi.

Selain Hadi, pelbagai pihak turut mempersoalkan kesahihan surat berkenaan selain menyifatkan sebarang cubaan untuk meraih sokongan Qardhawi sebagai tindakan terdesak Anwar untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. 

Surat itu juga dilihat sebagai usaha PKR menangkis tindakan PAS enggan memberi sokongan terbuka kepada Anwar untuk dilantik menjadi PM sekiranya pembangkang menang pilihan raya umum.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mengikut amalan lazim bahawa jawatan PM hanya akan diisi oleh pemimpin daripada parti yang paling banyak memenangi kerusi.
.
Nurul berkata surat itu adalah bukti keprihatinan Qardhawi terhadap perkembangan dalam Pakatan Rakyat. 

"Saya harap pihak media dapat juga menunjuk kepada rakyat versi asal Bahasa Arab dan juga terjermahan (Bahasa Malaysia). Ini penting (untuk) menunjukkan betapa prihatinnya beliau (Qardhawi) terhadap masa depan dan juga kepimpinan dalam Pakatan Rakyat,” kata Nurul. 

“Beliau (Qardhawi) rasa (kepimpinan Pakatan) harus utuh untuk melawan kebejatan yang sedia ada," katanya.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan surat Qardhawi itu akan disebarkan, khususnya untuk menarik sokongan pengundi Melayu, meskipun PAS tidak mahu ulama itu diheret dalam isu calon Perdana Menteri pembangkang. 

Nurul menzahirkan pendirian tegas PKR itu dan menolak anggapan pihaknya memperalatkan surat berkenaan. 

"Bukan isu guna (surat sokongan Qardhawi) tetapi pada saya itu adalah kewajipan kita, setiap seorang rakyat itu ialah kewajipan untuk memaklumkan kepada yang lain tentang surat tersebut, jadi insya-Allah kita teruskan," katanya.

Bulan lalu, Qardhawi turut mengutus surat kepada Najib, memuji beliau di atas lawatannya ke Gaza untuk memberikan sokongan nyata kepada perjuangan rakyat Palestin. Lawatan Perdana Menteri itu telah dicemuh oleh Anwar sebagai gimik politik. 

Dalam pembuka kata surat itu, Qardhawi berdoa agar Allah mengurniakan keberkatan serta rahmat kepada Najib dalam melaksanakan tanggungjawab mencapai matlamat kemajuan, kestabilan dan keselamatan rakyat Malaysia dan global. - AntaraPos


16 comments:

Anonymous said...

sampai begitu sekali nereka mempergunakan ulama' tsbt.. adakah beliau begitu senang di pengaruhi oleh anuwar yg telah terlalu di cemari oleh isu isu moral yg jijik dan terok sekali.. adakah ulama' tidak dapat menilai seseorang macam anuwar ni.. sedangkan orang biasa dan budak sekolah pun dapat mengenali yg anuwar ni kemarok untuk berjawatan PM.

Dan Hass said...

Dari segi pemikiran yang waras dan rational, sekiranya Dr. Yusuf Qardhawi telah mengutus surat menyatakan penghargaan tinggi kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di atas lawatan PM ke Palestin dan pernyataan sokongan Malaysia kepada Palestin, tentulah tidak munasabah sanasejaku dan tidak masuk akal langsung tokoh ulama Islam yang sama akan mengutus satu lagi surat menyatakan sokongan kepada pihak Pembangkang yang mencemekkan sokongan dan lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Palestin.

Dakwaan yang dibuat mengenai surat Dr. Qardhawi itu amat memalukan. Sebelum ini, sudah ada suatu peristiwa yang juga memalukan, dan melucukan. Laman web pembangkang, Malaysia Chronicle menyiarkan liputan berita bergambar mengenai kunjungan hormat oleh "pemimpin kanan" dari Palestin yang tidak dikenali ke pejabat PKR untuk menyampaikan anugerah kehormat kepada Anwar Ibrahim. Apabila disiasat nama pemimpin berkenaan didapti dia tidak dikenali di Palestin.

Anonymous said...

l;au mmcm tu najib boleh juga guna surat qaedhawi. tpi rasanya tak kot. bn tak terdesak dan rakyat tak bodoh. org pkr dan pas je yg bodoh

Anonymous said...

Dak teruk sgt pkr ni.surat mcm tu pun nak dijadikan bahan kempen.

Memalukan!!!

Anonymous said...

ANAK BERANAK SATU AYATPUN TAK BOLEH PAKAI CAKAP DIA, SEMUA TEMBERANG.... CELIK MATA JE NAK TEMBERANG ...

Kamaruzaman Suarno said...

apa kata perogol rakyat cuba nak keluarkan surat palsu. sekiranya ia palsu, maka kita bleh buat lapuran polis dan saman pkr n pas kerana memberi maklumat palsu. tungguuuuuuuuu

Apple Biru said...

Salam. Blog tuan sudah dipautkan. Mohon pautan kembali.tq
apple-bru.blogspot.com

Anonymous said...

Ade org kisah nk bg surat pe pun..UMNO dlu kini dan selamaya

Anonymous said...

Anak dgn bapa sama meroyan sbb fua org tau akan terkubor pru13. Ckp byk tapi tak tlg rskyat. Kerja anak beranak merapu jer. Hidup BN!

gibri said...

awat banyak pasai porno je ni,
nie tempat party porno ke :-)
Patutlah rosak

Anonymous said...

PKR semakin mengelupur dan terus mengelupur.

Anonymous said...

Saya boleh keluar berpuluh2 surat AI Sheikh Qardawi untuk dijadikan modal untuk PRU.Tidak perlu berjumpa Yusuf Qardawi cuma jumpa saya sahaja.Alamatnya Ibu Pejabat PKR,Tropicana ,Petaling Jaya.Syarat2nya mesti pandai temberang dan kelentong.

Anonymous said...

Kenyataan paling best... "Itulah istimewanya dengan Dr Yusuf Qardhawi kerana beliau sebagai pemimpin Islam yang ulung, dia dapat berinteraksi dan memberikan surat tersebut kepada semua pimpinan PAS, Keadilan dan juga DAP..."

Aiikk..??? DAP pun dapat surat dari Yusuf Qardhawi jugak?... waahhh... manyak hebat laa lu DAP ooiii..!!!

Anonymous said...

Seribu kali pun Yusuf Qardhawi nak Anwar jd PM, kalau rakyat taknak bagi undi, dia tetap tak akan jd PM...sbb yg memilih adalah rakyat Malaysia...begitu juga, seribu kali pun Anwar nak jd PM, kalau ALLAH tak izinkan iya terjadi,iya tetap tidak akan terjadi...maka dgn itu tiada manusia yg dapat menghalang apa kehendak ALLAH...Semoga BN/UMNO akan tetap terus memerintah Malaysia, dgn Izin ALLAH...aminnn

Anonymous said...

edisi nurulperasan membodokan pecacai yang memang dah bodo sampai lubang jkubur....orang BN dok diam sudah.

sky awana said...

kalaupun obama ada bg surat yg menyuruh malaysia menerima AI sbgai PM, u fikir obama boleh ada pengaruh kepada rakyat malaysia ke ? semua kembali kepada rakyat, rakyat yg akan menetukan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.