TERKINI : NIK AZIZ BERSETUJU DENGAN DAP - HUDUD DAN NEGARA ISLAM HANYA 5%...



DAP sepakat dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam hampir semua perkara kecuali penubuhan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata setiap parti dalam PR mempunyai pendirian masing-masing dan dalam masa yang sama tidak menolak wujudnya perbezaan pendapat.

"Kita tak nafikan PAS-DAP ada pendirian masing-masing dan kita tak nafikan ada perbezaan. PAS mahu perjuangkan hudud tapi kita DAP ada pendirian kita...kita tak setuju.

"Biarkan kami bersama-sama memperjuangkan isu-isu semasa yang telah disepakati," katanya dalam satu majlis minum petang dekat sini, Sabtu.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata DAP telah mencapai 95 peratus kesepakatan dengan PAS dan PKR dalam perkara-perkara yang diperjuangkan.

"Kita setuju 95 peratus, lima peratus kita tak setuju. Apa yang kita tak setuju kita letak sebelah," katanya.

Antara yang disepakati DAP ialah untuk menghapuskan rasuah, menuntut kebebasan, keadilan, demokrasi, kebenaran dan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
TERKINI : NIK AZIZ BERSETUJU DENGAN DAP - HUDUD DAN NEGARA ISLAM HANYA 5%... TERKINI : NIK AZIZ BERSETUJU DENGAN DAP - HUDUD DAN NEGARA ISLAM HANYA 5%... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:04 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.