Wednesday, April 24, 2013


Satu letupan kuat telah berlaku bersebelahan dengan Command Center BN, Nibong Tebal sebentar tadi semasa program anjuran Barisan Nasional sedang berlangsung..Letupan tersebut telah mengakibatkan salah seorang petugas BN yang berada di kawasan tersebut cedera di kaki dan EP diberitahu mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan..

Mengikut berita yang diterima, bahan letupan tersebut telah meletup di dalam timbunan sampah (sisa dan bekas makanan) bersebelahan khemah Command Center dan dipercayai insiden ini merupakan kerja pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mensabotaj program BN yang mendapat sambutan seramai 3000 rakyat yang tinggal di kawasan tersebut..





Berita yang terakhir EP terima sebentar tadi, pihak Polis sedang berusaha mencari bahan bukti dan menghapuskan sisa-sisa bahan letupan yang masih belum meletup..

Pihak Polis sedang menjalankan siasatan yang terperinci mengenai insiden tersebut..







0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.