Monday, April 1, 2013



Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa pembangkang akan mampu menawan tujuh atau lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini, sebagai satu keyakinan yang tidak rasional.

Ahmad Maslan berkata, kenyataan tersebut menunjukkan pemimpin pembangkang itu seolah-olah bermimpi di siang hari dan bercakap tanpa asas yang wajar.

Menurutnya, jika pembangkang memberikan keyakinan sedemikian rupa untuk menang dengan majoriti mudah, Barisan Nasional (BN) juga mempunyai lebih banyak kelebihan kenapa rakyat mahu memberi mandat kepada kerajaan sedia ada selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Apa yang membuatkan Karpal begitu yakin untuk tawan tujuh hingga lapan negeri, janji kepada rakyat sebelum ini pun tidak ditunaikan masih berani memberikan keyakinan untuk tawan lebih banyak negeri.

“Jangan terlalu menabur keyakinan jika tidak mempunyai fakta yang lengkap. Kalau setakat yakin, BN juga boleh keluarkan kenyataan dapat tawan semua negeri tetapi hanya rakyat yang boleh memberi mandat dan menilai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Karpal pembangkang sekali lagi mengulangi keyakinannya menawan antara tujuh dan lapan negeri pada pilihan raya umum kali ini dengan menang majoriti mudah termasuk di Negeri Sembilan, Perlis dan Johor.

Ahmad Maslan berkata, kerajaan BN kini aktif membantu rakyat khususnya menerusi saluran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), pelbagai program di seluruh negara membabitkan rakyat di pelbagai peringkat dengan membabitkan peruntukkan yang besar.

“Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi tiada benda yang diberikan kepada rakyat, sudahlah pemimpin mereka bermasalah janji juga tidak ditepati,” ujarnya.

** Dengar cerita Karpal akan bertanding di Kulai, Johor...betul ke??

3 comments:

ADA KUASA said...

salam pejuang bangsa

tuan..harap pautkan blog saya http://adakuasa.blogspot.com/ di blog tuan..terima kasih

Anonymous said...

karpal ter-kulai di Johor nanti

Anonymous said...

Kita org islam doa jer dia mampus cukup 1000 mampus lah dia..hahahaha

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.