Monday, April 22, 2013


PAS tetap meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang' kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'

"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.

"Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual dadah jenismethamphetamine. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini.

"Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka.

"Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka," kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad.

Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul 10 minit sebelum proses penamaan calon berakhir.

"Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan dan apa yang dilakukannya adalah demi ‘menyelamatkan’ pakatan

"Kita tidak ada masalah dengan Pakatan namun tidak kita boleh terima calon seperti ini," katanya.

Selain Panti, PAS turut berdepan dengan calon PKR di kerusi Parlimen Labuan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Kota Damansara, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.

5 comments:

penyokong said...

harap polis siasat... kenyataan hadi awang dan tangkap musuh Negara (pengedar dadah) yang dimaksudkan hadi.
emm...nik aziz tak nak pecat hadi awang ke sebab burukkan nama pakatan haram dia org tu?

Anonymous said...

Salam Bro,Hj.Hadi tak boleh terima calon yang mempunyai masalah moral ? Betul ke Hj.Hadi cakap macam tu.Dah tu Mat Sabun,Adun Selising,Stopa Spender tu masalah apa pula yang boleh diterima oleh Hj.Hadi ?

Anonymous said...

ORG PKR&PAS XPYH POYO SGT. AWOK ANGKAT PEMIMPIN YG BONGGOK HANGPA DAPAT LA HABUAN YG BODOH. PEMIMPIN YG HANGPA PUJA TU DOK KATA ORE YG BODOH DOK PILIH AKU JUGAK SETELAH diPERBODOHKAN MEREKA JADI JGN NAK SALAHKAN ORE LAIN. MEME ORG PKR&PAS BODOH SEMUA SEBELUM GE13 JGN NAK TUNJUK LANGAK KATA HANGPA ORE PKr&PAS PANDAI DKT NEGERI ORE. PADAN MUKA HANGPA. TP AKU SEDIHLA..

Papagege Frenz said...

http://www.youtube.com/watch?v=bShXDHExuoo

Anonymous said...

orang pas gila pantat dan penjilat pantat...jahanam, org pkr gila buntut jual pil kuda...dua dua ni ambik kepala mereka dan hantuk kan...bia r mampos...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.