Monday, April 22, 2013


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa DAP telah membuat satu perjanjian sulit untuk mengangkat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika mereka dibenar menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Beliau berkata, bagaimanapun perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak diketahui oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang mengira hari untuk menjadi Perdana Menteri Ketujuh sekiranya pakatan pembangkang menang PRU-13.

“Kita difahamkan ada perjanjian sulit yang dibuat antara pemimpin utama DAP dan Pas bahawa Abdul Hadi akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan memenangi PRU-13, tetapi peliknya ia disembunyikan daripada pengetahuan Anwar yang sedang syok sendiri.

“Pengiktirafan Abdul Hadi itu dibuat kerana DAP dan Pas dikatakan tidak setuju dengan tindakan Anwar untuk menggunakan pelanduk dua serupa sebagai modal kempen PRU-13.

‘‘DAP dan Pas sudah tahu klon yang dibawa merupakan pembohongan besar selain berpendapat Anwar tidak bermoral, tidak bermaruah dan tidak mempunyai prinsip," katanya kepada pemberita selepas bertemu penduduk di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Permatang, Senggarang di sini hari ini.

Mohd. Puad mendakwa, pemimpin DAP dan Pas juga ketika ini yakin bahawa bekas rakan karib Anwar iaitu Datuk S. Nallakaruppan tidak berbohong tentang isu biseksual dan kisah Anwar dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Malah, katanya, DAP dan Pas turut menganggap Anwar sebagai liabiliti politik dan kerana itu juga berlaku pertembungan Pas lawan PKR pada pilihan raya kali ini.

“Anwar gagal untuk mengawal pertembungan tiga atau empat penjuru kerana dia tahu DAP dan Pas tidak akan dengar pendapatnya sebab dia adalah liabiliti dalam politik pakatan.

“Sebab itu juga saya maksudkan parti dalam pakatan pembangkang ini ibarat tidur sebantal dan mimpi lain-lain kerana mereka tidak dapat mencapai kata sepakat," katanya. - UM


7 comments:

Anonymous said...

kalaulah DAP menang kerusi parlimen LEBIH daripada parti2 lain nanti mahukah dia[dap]serahkan jawatan PERDANA MENTERI kepada PAS
?.sedangkan dalam berniaga bangsa ni sanggup menipu sebab nak untung banyak. apatah lagi dapat memiliki/menawan negara ni melalui politik[pilihanraya]dengan bagitu mudah sebab dah bertahun2 mereka memperjuangkan[berhabis habisan] untuk menakluk negara ini.bolih. percaya ke.

MAK KORANG said...

Mana dapat citer auta ni? dari kerling mabuk? citer syok sendiri. xde kesahihan. bukti xde. main balun jer ko ni.. UMNO itu parti BINATANG!!!

Anonymous said...

korang cerita lucahkan korang juara. memang terbaik la umno. parti lucah melayu semalaysia.

Anonymous said...

Klu umno anda kata parti lucah. Bgmna pula dgn pelakon2 lucahnya yg rata2 dtg dri parti yg anda sanjung tu. Berani kerana benar.tepuk dada tanya selera pak nuar, stopa ali, azmin ali, mat sabu dan byk lgi idola kesyngan kalian tu. Kah...kah...kah...lgi teruk drp parti yg anda kTakn tu. Bangsat!!!!!!

Anonymous said...

Goyang nampak..hahaha..

tukang telek said...

Memang tepat ke batang hidung. Kahkahkah.

Anonymous said...

aku percaya

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.