Saturday, April 13, 2013




Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meminta DAP menghadiri siasatan berhubung aduan berkaitan dengan kesilapan teknikal semasa pemilihan jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu di kongres tiga tahun sekali DAP di Pulau Pinang Disember tahun lepas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, surat ROS itu bertarikh 9 April, tetapi telah dihantar sepuluh hari selepas Parlimen dibubarkan.

Dalam surat itu, ROS menyatakan ia memerlukan dua orang saksi dari parti itu untuk menghadiri siasatan tersebut pada 18 April.

Karpal berkata, surat itu meminta bekas pengarah pemilihan DAP, Pooi Weng Keong (kiri) dan ahli strategi pilihan raya, Ong Kian Ming menghadiri siasatan itu.


Ia akan diadakan pada pukul 10 pagi di pejabat ROS di Kuala Lumpur.

Beliau berkata parti itu juga diminta memberikan sembilan dokumen yang berkaitan dengan pemilihan CEC, termasuk notis yang dihantar kepada para perwakilan tahun lepas.

** Dah terang-terang berlaku penipuan semasa pemilihan CEC..tunggu apa lagi..Haram je la DAP ni..


3 comments:

Borneo Bullet said...

tak heranlah.. nama pun Pakatan HARAM.. sedarlah rakyat Malaysia.. jangan sia-saiakan undi anda dengan mengundi parti Haram..

Borneo Bullet

Anonymous said...

PKR HARAM X BERDAFTAR!

Anonymous said...

DAP AKAN MENGGUNAKAN LAMBANG PAS. DAP DIJANGKA DAPAT MERAIH UNDI SIMPATI. DENGAN BERLAMBANGKAN PAS, ORANG2 MELAYU AKAN TERASA DEKAT DENGAN DAP.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.