Thursday, April 11, 2013


Wow..Semakin hari semakin dramatik politik puak-puak pakatan haram..Kalau sebelum ini rakyat Malaysia disajikan dengan wayang perebutan kerusi semasa sendiri dalam pakatan haram seperti di Johor, Kedah dan Pahang..Kini drama yang ditayangkan dalam pakatan haram semakin hebat.. 

Ingat tak aksi berebut kerusi, bergaduh, merajuk dan menghilangkan diri yang menjadi topik bualan rakyat Malaysa dua minggu lalu.. tapi kali ini..aksi lebih dahsyat akan dipertontonkan..Bukan setakat berebut dan merajuk..ni sampai nak bertanding sekali..hebatkan..

Kononnya satu pakatan yang memberi harapan kepada rakyat tapi HAMPEH..Masalah kerusi sesama sendiri pun tak dapat nak selesaikan...macam mana nak bela rakyat..Nampak sangat puak-puak pakatan haram di Pulau Pinang tak berbincang...Jika berbincang, confirm perkara seperti ini tak kan berlaku..betul tak??

Yang paling menarik..semua kekecohan ini berlaku di PULAU PINANG..iaitu negeri dimana pencatur utama pakatan haram akan bertanding.. Punya sibuk dia pergi susun dan menyelesaikan masalah negeri lain...tapi di kerusi negeri sendiri...


PAS akan bertembung dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh dengan meletakkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah (di bawah) sebagai calonnya di situ.
Keputusan itu dibuat selepas Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman malam tadi mengumumkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya Tebal Nibong.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man membuat pengumuman tersebut di Pongsu Seribu - kubu kuat parti itu di Tasek Gelugor pada kira-kira jam 10 malam. - Malaysiakini
Dan Malaysiakini juga melaporkan..
Salleh lagi mengumumkan parti itu akan bertanding dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum ke-13, yang ditetapkan pada 5 Mei.

Macam tau-tau je Malaysiakini ni yang PAS akan kehilangan Kerusi DUN iaitu di  Sungai Acheh kerana sebelum ini PAS mengumumkan akan bertanding di 2 Kerusi Parlimen dan 6 Kerusi DUN di Pulau Pinang..belum apa-apa lagi dah tinggal 5...terbaik..

Kalau mengikut komen-komen penyokong tegar pakatan haram di Malaysiakini..rata-ratanya memilih Chegu Bard berbanding Yusni Mat Piah...

Sebabnya Chegu Bard dah membuktikan pengorbanan dan jasanya terhadap Anwar dan pakatan haram..tapi Yusni Mat Piah buat apa?? Duduk dalam kain Salleh Man..Langsung tak membantu pakatan haram dalam nak menawan Putrajaya..



Sama-sama kita nantikan siapa yang akan beralah dalam drama terbaru ini...



2 comments:

Anonymous said...

Kerusi pakatan bn takyah sibuk. Kah..kah..kah

Anonymous said...

hang ni kurang hajaq gak,,, dok pakatan haram pa..haha, tapi aku agree skit ngan hang, chegu Brad lebih layak drp calon Pas, aku sndri x knai sapa dia..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.