Friday, April 5, 2013


Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir. 

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam. 

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. 

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada minggu lalu mengatakan akan bertanding peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor. 

Dr Wan Azizah dikatakan tidak layak bertandingi kerusi Parlimen sehingga Ogos ini, tetapi boleh turun gelanggang Dun. 

Kenyataan Anwar semalam sekaligus menutup spekulasi yang timbul sejak Mac lalu mengenai Dr Wan Azizah akan bertanding di Dun Selangor. 

Pagi tadi Nurul Izzah Anwar telah menyangkal kebenaran berita bahawa ibunya, Wan Azizah tidak akan bertanding dalam PRU13..Nurul Izzah memberi alasan "Itu hanya cakap-cakap politik," walaupun kenyataan Wan Azizah tidak bertanding dikeluarkan sendiri oleh suaminya iaitu Anwar Ibrahim semasa wawancara di stesen televisyen Al-Jazeera, Rabu lalu. 

Nurul Izzah memberitahu.."Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti..

Persoalannya yang mana satu betul ni...kenyataan dari Kem A atau Kem B??..

1 comments:

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA www.freemalaysiakini2.com

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.