Friday, April 12, 2013


Betul ke satu dua ke kerusi saja yang tidak dapat diselesaikan..

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan pengumuman calon PKR Sabah, disebabkan oleh konflik yang gagal diselesaikan berkenaan dengan beberapa kerusi.

Ketua Umum PKR itu juga mengatakan beliau telah memberi jaminan kepada ketua cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah, calon yang dicadangkan oleh Ansari akan dipertimbangkan.

“Di Sabah, sebab mengapa saya tidak mengumumkan calon sekarang adalah kerana walaupun banyak kerusi telah diselesaikan, masih terdapat konflik di satu dua kerusi,” kata Anwar dalam sidang akhbar di Likas di sini hari ini.

“Saya tidak mahu merumitkan keadaan. Saya belum bersedia mengumumkan lagi,” tambah ketua pembangkang itu.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebelum ini menolak senarai calon Ansari Jumaat lepas mengatakannya sebagai “cadangan semata-mata”.

Ansari telah mengumumkan beliau akan bertanding di kerusi parlimen Tuaran, selain mengumumkan calon bagi enam kerusi parlimen lagi.

Penyandang kerusi parlimen Tuaran adalah Datuk Seri Wilfred Bumburing yang telah meninggalkan parti komponen BN UPKO dan menubuhkan partinya Angkatan Perubahan Sabah (APS) — bersekutu dengan Pakatan Rakyat (PR).

2 comments:

Anonymous said...

Soal siapa calon PKR yang akan bertanding di Sabah tidak penting bagi majoriti pengundi-pengundi di negeri Sabah. Yang jelas siapa pun mereka, majoriti pengundi pasti akan menolak mereka dlm PRU13 nanti dan memberikan kemenangan calon-calon BN. Rakyat Sabah bukan semudah itu diperbodohkan dengan janji kosong PKR atau parti-parti pembangkang yang lain. Rakyat Sabah tahu menilai pemimpin mana yang boleh dipercayai. Dimata dan hati rakyat Sabah, BN dibawah kepimpinan DS Najib merupakan pilihan yang terbaik. Hanya orang yang bodoh sahaja yang akan mengundi PKR yang telah tebukti GAGAL menunaikan janji mereka dinegeri-negeri yang mereka menangi dlm PRU12 sedangkan agenda tranformasi yang dibuat oleh BN ternyata menguntungkan semua lapisan masyarakat termasuk lah penyokong-penyokong parti pembangkang sendiri. Bak kata orang Sabah DARIPADA TIADA BAIK ADA. Itu baru empat(4) tahun DS Najib menjadi pemerintah. Bayangkan kalau DS Najib diberikan mandat untuk lima(5) tahun lagi. Saya yakin dan percaya AKUJANJI BN dlm PRU13 ini akan, Insya Allah dapat dilaksanakan berdasarkan kepada integriti dan kewibawaan kepimpinan DS Najib. Ke arah itu maka rakyat Sabah perlu menolak semua calon PKR dan semua calon pembangkang yang lain dengan memberi kemengan kepada semua calon BN. Sabah boleh bah.

Anonymous said...

diam la ko!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.