Wednesday, April 10, 2013



Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam tidak mahu dirinya dikaitkan dengan tindakan pembangkang menggunakan kenyataannya untuk menyerang balik Barisan Nasional (BN).

Ini khususnya berhubung soal mengenai kemungkinan kerajaan jadi bankrap jika mereka muncul berkuasa.

Musa mengambil perhatian bahawa BN nampaknya telah menimpakan kemusnahan terhadap kewibawaan hujah pembangkang dalam isu ini hingga sebahagian dari ucapan beliau yang disampaikan pada siri Bicara Minda, dikatakan sebagai menyokong Pakatan, dipromosi dan dipaparkan dengan begitu prominen dalam kempen pilihan raya mereka.

"Pakatan (pembangkang) nampaknya begitu terdesak untuk mempromosi diri mereka dan untuk menarik sokongan pengundi, mereka sanggup menggunakan saya sebagai senjata utama mereka untuk menyerang balik BN," kata Musa dalam satu kenyataan.

Sambil melahirkan rasa tidak selesa beliau, Musa berkata: "Jalan keluar menggunakan saya dalam langkah politik yang terdesak ini mesti dihentikan. Kenyataan yang mendakwa mendapat sokongan saya mesti dihentikan.

"Dan jalan keluar menggunakan saya dan menyebut kenyataan saya dengan menggunakan papan iklan mesti juga dihentikan. Saya membuat permintaan ini demi keadilan dan kesopanan politik". - BERNAMA

**Huhuhu...malunya..

4 comments:

Anonymous said...

Kalau betul Musa ni... saman le Pakatan yang buat iklan tu.... jangan NATO (no action talk only) pulak ?

Alju Bowry said...

saman!

Alju Bowry said...

SAMAN!!!

land sir said...

bleh caya ke sama Musa Hitam ni???

Cekidaout~

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.