Monday, April 15, 2013


Barisan Nasional (BN) menurukan 82 peratus calon muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) termasuk 33 peratus di peringkat kerusi Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 82 peratus itu, 33 peratus akan diletakkan di kawasan Parlimen dan 49 peratus di kawasan Dun.

Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun.

Kata Najib, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang BN kalah pada PRU 2008.

Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13.

"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN.

"Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri.

"Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN di sini hari ini.

1 comments:

Anonymous said...

Letak 100% pun belum tentu menang... Ikut kajian yang dibuat oleh beberapa cerdik pandai dalam negara, rakyat telah buat pilihan mereka tanpa pejudis iaitu BN cuma dapat 49% kerusi Parlimen dan PR 51%. Di peringkat DUN pula, BN hanya akan kekal di Johor, Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan. Yang lain kena sapu oleh PR.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.