Thursday, April 11, 2013


VCD lucah melibatkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali bersama-sama seorang wanita bukan warganegara, bukannya cerita baru. Dah lama sangat dah tetapi kurang popular berbanding klip video seks sejenis membabitkan Anwar Ibrahim. Malah amat kurang popular berbanding klip video gambar kemaluan wanita dan kemaluan lelaki membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan PAS Kelantan.

Sumber memberitahu, PARASIT PAS telah mula mengedarkan VCD lucah yang dikatakan membabitkan Mustafa Ali dikesan di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut, Terengganu. Bagaimanapun, pengedar telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan apabila pemeriksaan dilakukan, pada lelaki berkenaan terdapat 16 sampul surat yang mengandungi sekeping VCD lucah setiap satu.

Video berdurasi 11 minit 25 saat itu, memang jelas telah dilakukan secara cermat untuk memusnahkan Mustafa Ali.

Kaum PARASIT PAS sebenarnya terlibat secara langsung apabila dari awal lagi mereka telah menyatakan kebencian terhadap Mustafa Ali dan enggan membaiahnya sebagai pemimpin. Mustafa Ali seringkali disifatkan sebagai ‘TERKENANG-KENANGKAN ZAMAN PERPADUAN UMNO-PAS’ di mana dia telah dilantik sebagai salah seorang anggota kabinet.

Apabila timbul isu KERAJAAN PERPADUAN, Mustafa Ali merupakan antara pemimpin tertinggi PAS yang menjadi sasaran kebencian selain Hadi Awang. Beberapa pemimpin PAS yang pro-Anwar Ibrahim dan DAP terang-terangan menyatakan tentangan mereka dan tidak merelakan PAS terbabit dalam KERAJAAN PERPADUAN dengan UMNO.

Sedangkan usul KERAJAAN PERPADUAN dibuat oleh Presiden parti sendiri!

Antara yang paling lantang menentang adalah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz yang kembali melalut dan memutarbelitkan cerita sebenar mengapa PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional pada awal 1970-an lalu.

Pemilihan kepimpinan pusat PAS akhirnya menyaksikan Nasharuddin Mat Isa, seorang lagi pemimpin PAS yang dikaitkan dengan KERAJAAN PERPADUAN hilang jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS, sebaliknya yang berjaya merampas jawatan tersebut adalah Mat Sabu, pemimpin PAS yang penuh dengan masalah moral dan kelulusan akademik yang amat rendah walaupun tidak serendah Mahfuz Omar.

Kejadian yang berlaku di Terengganu itu sebenarnya merupakan salah satu daripada strategi PARASIT PAS untuk memastikan golongan tradisional seperti Mustafa Ali, dinyahkan daripada hierarki kepimpinan PAS.

Menariknya, PARASIT PAS cuba menjadikan UMNO sebagai mangsa mereka. Dengan mengambil contoh tuduhan yang dilemparkan oleh Anwar Ibrahim apabila klip-klip video intimasinya terdedah, PARASIT PAS cuba mengulangi kaedah terbabit. Mereka menyangkakan, mereka akan lepas bebas apabila VCD-VCD tersebut diedarkan terutama di kawasan yang dijangka boleh dimenangi oleh PAS.

PARASIT PAS telah berjaya memerangkap Mustafa Ali dengan umpan wanita. PARASIT PAS cuba pula memerangkap UMNO dengan tuduhan kononnya rakaman tersebut dibuat oleh UMNO dan VCD-VCD itu pula diedarkan oleh UMNO. SETERUSNYA..

**Tunggu dan lihat..

7 comments:

Anonymous said...

Pui!!! asyik-asyik video seks yang kamu bicarakan! Tak adakah cerita lain yang boleh disajikan untuk memperbaiki minda orang-orang Islam yang kini semakin kalut!!!

Anonymous said...

Teruknye pemimpin kamu..

Anonymous said...

Video seks ni boleh membuka minda yang terjajah. Lu fikirlah sendiri.

Anonymous said...

cakap tak serupa bikin...kita selama ni tertipu...tiba waktunya Allah mendedahkan segala kebatilan...mengajar kita jgn terlalu taksub dan dont judge the book by its cover!...kena tapis dan gunakan pertimbangan dan penyiasatan serapi2nya!

Anonymous said...

inikah yg dinamakan parasit2 pas?

Gombug said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Anonymous said...

Hang ni potong stim betoi la gombug......

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.