Friday, April 19, 2013



Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan matlamat memacu pembangunan ekonomi dan menaikkan taraf hidup rakyat.

Manifesto itu yang dilancarkan oleh Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas malam tadi antara lain menjanjikan pelan pembangunan seimbang membabitkan kawasan pulau dan tanah besar bagi merapatkan jurang pendapatan dan kos sara hidup.

Menurut beliau, BN juga berjanji untuk menaikkan status George Town sebagai bandar raya bebas cukai bertaraf dunia dan terkenal dengan kebudayaan serta sejarah.


Manifesto Barisan Nasional Pulau Pinang adalah seperti berikut :

1. Menyediakan pusat jagaan kanak-kanak setiap daerah dan penjodohan  sumber manusia bagi kaum wanita.


2. Bekalkan insuran perlindungan diri secara percuma kepada pasukan rondaan sukarela dan bantu menyelaraskan tugasan rondaan serta memupuk kerjasama antara pasukan rondaan sukarela dan pihak berkuasa.


3.Batalkan bayaran lesen penjaja dan menubuhkan geleri penjaja.

4.Memperkenalkan monorel dan sistem pengangkutan awam yang cekap.

5.Pemeriksaan percuma tahunan bagi warga emas.

6.Pinjaman RM3,000 setahun kepada 1,000 pelajar cemerlang ke universiti.

7.Menyalurkan bayaran cukai pintu yang dikutip dari rumah kos rendah dan sederhana rendah ke dalam tabung penyelenggaraan (JMB) untuk menjalankan kerja penyelenggaran.

8.Membina 20,000 rumah mampu milik dan memperkenalkan konsep sewa beli kepada golongan berpendapatan rendah

9.Menjadikan Pulau Pinang sebagai Pelabuhan bebas.

10.Menubuhkan Pusat Kewangan Luar Pesisiran Pantai Antarabangsa.

11.Rebat 10 peratus kepada peniaga tuan kedai yang mengamalkan 3R.

12.Penggubalan dasar kerajaan negeri bersama rakyat.

13.Melanjutkan pajakan tanah secara automatik yang kurang dari 30 kepada 60 tahun.

14.Menubuhkan Taman Dinamo dan Inovasi untuk golongan muda.

15.Memberikan lesen menduduki sementara (TOL) kepada rumah ibadat dan  memberikan peruntukan tahunan.

16.Rebet cukai kepada syarikat yang mengupah pesara untuk bekerja semula.

17.Mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang pelancongan dan akuakultur bagi penduduk luar bandar.

18.Menghapuskan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang.

19.Mengekalkan kampung-kampung tradisional dengan meningkatkan kemudahan dan mewujudkan Homestay.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.