Wednesday, April 17, 2013


Dengan pengesahan calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah Dr Mazlan Ismail, ramai yang kata, kali ini 'buku bertemu ruas'.
Dr Mazlan, 53, adalah anak tempatan, kelahiran Kubang Ulu, Penanti, dia memang terkenal di kalangan penyokong pembangkang di kawasan itu selama ini, berikutan tugasnya sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang untuk PRU ke 10 dan 11.
Dia tahu Permatang Pauh, demografi, mood, pemikiran penduduk di situ sama macam "back of his hand'.
Sebab itu ramai yang teruja apabila Naib Presiden Telekom Malaysia Bhd (TM) ini sanggup melepaskan jawatan dengan gaji lumayan hanya untuk 'melayani' penduduk Permatang Pauh.
Orang yang jadi saingan bukan sebarangan, tapi Dr Mazlan sudah bersedia mental dan fizikal untuk mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Meskipun sedar bukan mudah meruntuhkan kubu pembangkang yang dibina sejak bertahun-tahun lalu dan lawannya bukan calang-calang orang, ia bukan penghalang kerana matlamatnya mahu menjadi pemimpin mensejahterakan rakyat.
Bekas ahli PAS yang menekankan keseimbangan antara dunia dan akhirat itu, memilih perjuangan bersama BN bagi melihat kawasan kelahirannya membangun seperti kawasan lain, sekali gus menjadi bekalan di akhirat kelak.
Beliau melihat Anwar dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai pemimpin ‘touch n go,’ iaitu sekadar bertanding untuk menang dan selepas itu balik ke Kuala Lumpur dengan hanya sekali sekala pulang ke kawasan.
“Sejak 15 tahun lalu, apa yang mereka buat? Mereka tak berkhidmat kepada rakyat, bahkan tiada satu pun pembangunan dilaksanakan.
“Jika sekali lagi orang Permatang Pauh bagi undi kepada beliau, tak mustahil beliau akan jadi pemimpin ‘smart tag’ pula, lalu (bertanding) saja, tak payah buka tingkap pun (khidmat kepada rakyat) sebab tahu buat apa nak bagi kerana akhirnya rakyat sokong juga,” katanya.
Berbanding dirinya, Mazlan berkata, beliau adalah anak tempatan yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan itu serta pernah merasai kesusahan kerana berasal daripada keluarga kurang berada.
Bapanya seorang pemandu bas, manakala ibunya penoreh getah dengan adik-beradik lapan orang.
“Saya ada di sini (Permatang Pauh), tinggal dan akan mati juga di sini. Saya tak ada pilihan, melainkan berkhidmat kepada rakyat yang semua mereka terdiri daripada ahli keluarga, adik-beradik dan rakan,” katanya. - AgendaDaily

10 comments:

Anonymous said...

Mertua cek org penang.. Bagan dalam.... Cek rasa teruja dan seronok sangat dr mazlan nak lawan nuaq... Moga bn menang...insyaallah...

Anonymous said...

steady dr mazlan .. in shaa allah anwar tk jadi pm .. tewas kt permatang pauh jer tk smpai la hajat nk p putrajaya

Tok Merah said...

Assalamualaikum, doa ikhlas saya moga Dr Mazlan berjaya memenangi Parlimen Permatang Pauh, dan dapat memberi khidmat yang terbaik untuk penduduk kawasan tersebut. Moga Allah memakbulkan doa ikhlas ini.

Anonymous said...

Ex-pas vs ex-umno

Anonymous said...

anuar kalah kt pmtg pauh..lpas 2 ada la macai PKR terpaksa tarik diri bg laluan kt anuar..

Anonymous said...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhamad SAW dan seluruh keluarganya dan para sahabat beliau.

"YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA AGONG, TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI DAN TUHAN YANG MAHA BERKUASA. KAMI MOHON KEPADA MU YA RAB BUKAKAN LAH PINTU KEMENANGAN KEPADA DR MAZLAN, CALON BN DI PERMATANG PAUH. HINDARKAN LAH DAN LINDUNGILAH IA DARI FITNAH KEHIDUPAN SELAGI DIA BERJUANG BAGI MENEGAKKAN ISLAM, BANGSA DAN NEGARA.
WASALULLAHUAALA SAIDINA MUHAMAD WALHAMDULLIHIRABILAALAMIIN"

Anonymous said...

Pucuk Pauh Delima Batu,
Anak Senbilang Di Tapak Tangan,
Pengundi Permatang Pauh jom bersatu,
Undi BN, tolak Pakatan.

Anonymous said...

AMIN....

Gombug said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Anonymous said...

Menangkanlah BN di Permatang Pauh ya Allah... Aminnn Aminn Aminn!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.