Wednesday, April 10, 2013




Kalau berita yang nak memecah belahkan umat Islam..laju je Malaysiakini pick up..sanggup tu ulas balik berita yang dilaporkan oleh Utasan..

Satu perhimpunan oleh sekumpulan guru sekolah pondok membuat ketetapan bahawa umat Islam haram mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana gabungan parti itu didakwa menyokong pluralisme agama.

Laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini memetik deklarasi berkenaan yang diumumkan oleh pengerusi persidangan tersebut, Harun Yahya.

Harun yang juga pemimpin kumpulan anti-PAS, Minda Pondok, dalam laporan itu berkata, peserta persidangan yang berlangsung selama tiga hari itu antara lainnya berpendapat, perjuangan Pakatan “sesat dan menyesatkan”.

“Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.

“Oleh itu adalah haram menyokong PAS, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah,” katanya seperti dikutip dalam laporan itu.

Laporan berkenaan tidak menyebut jumlah perwakilan yang hadir ke persidangan yang berlagsung sejak hari Sabtu di Gurun, Kedah.

Satu lagi laporan di halaman sama memetik kenyataan penasihat Minda Pondok, Abdullah Sa'amah yang menggelar mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai individu yang takbur dan taksub dengan fahaman parti.

Abdullah yang mengenakan serban berwarna merah dan baju merah jambu dalam gambar bersama laporan itu juga mendakwa golongan yang taksub dengan fahaman parti politik tidak diakui sebagai umat Nabi Muhammad.

“Nik Abdul Aziz ini takbur dan taksub kepada pemikiran dan fahaman parti dia, orang taksub ini Nabi Muhammad tak mengaku umat.

“Orang macam ini bukan umat Nabi Muhammad, ini umat syaitan, tulis perkataan saya kata ini sebab Nik Aziz setuju dengan pluralisme agama, setuju kalimah Allah untuk disyirikkan, dia yang bukan Islam,” kata Abdullah Sa'amah seperti dipetik Utusan.

Bekas anggota PAS itu pada awal bulan ini mengunjungi bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri itu dan juga ke atas Umno.

"Kami juga yakin bahawasanya tidak ada perjuangan lain untuk keselamatan orang Melayu dan orang Islam melainkan bersama dengan Umno dan BN," katanya seperi dipetik dalam laporanBernama.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.