Thursday, April 4, 2013


Ada perbezaan ke jika Anwar bertanding di Perak ataupun di Permatang Pauh??..Anwar memberi alasan tujuannya berpindah kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai..
Anwar kata jika bertanding di Perak dia dapat melonjakkan sokongan di Perak..Ye ke dapat tarik sokongan??
Apa yang EP nampak Anwar macam nak lari dari pengundi Melayu..Tambah tambah lagi bila Anwar dapat tahu bakal calon BN yang bakal bertanding di Permatang Pauh disukai rakyat termasuk sebahagian besar pengundi PAS..
Kebarangkalian untuk Anwar tumbang di tempatnya sendiri boleh berlaku..Jadi jalan yang paling selamat bagi Anwar ialah berpindah ke tempat baru yang majoritinya pengundi cina iaitu di Ipoh Timur..Tempat Lim Kit Siang sebelum ini..
Sebab itu Lim Kit Siang dipindahkan ke Gelang Patah walaupun perpindahan itu akan menimbulkan masalah dengan Chua Jui Meng...
Ini disebabkan kebanyakan pengundi cina tak peduli mengenai masalah moral yang dihadapinya berbanding dengan pengundi Melayu...Jadi lebih selamat untuknya bertanding disitu..Tak gitu...

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang menerima bantahan daripada penyokongnya.
Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai.
Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan bagi 'memujuk' pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu.
"Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu jelaskan kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak.
"InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan mahu meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.

5 comments:

Anonymous said...

Semoga Anwar dan Lim Kit Sial kecundang seteruk-teruknya pada PRU 13 nanti. Aamiin.....

Anonymous said...

Nuar lari dr permatang pauh tu sebab dah dapat rasa akan kalah teruk.Bukan setakat dia hampir keseluruhan pr akan tumbang dlm pru13

Anonymous said...

ADE KER CINE DI IPOH NAK PANGKAH MELAYU...
LAIN LA KALO DAH DI BERITAHU..
YANG MELAYO SEKO NI LEH DI PERGUNA2KAN....

Anonymous said...

heheh...ko org silap.....sebab ipoh ada manyak China Doll...lahhh... Ipoh mali...maaaa...

Anonymous said...

Sekarang Anwar balik semula ke Permatang Pauh jadi kamu semua kena main Anwar sekarang tak ada isulah lebih2 lagi Anwar pasti menanh dengan majoriti yang lebih banyak daripada Pru12. Jangan menyokong atau buat komen tanpa fakta, jangan jadi pak turut ikut cakap orang macam orang buka dan bisu tuli tiada otak dan fikiran, jangan jadi bahaloi jadi gunakanlah segala2 kurniaan Allah SWT untuk cari kebenaran pejuangan yang dibawa solat hajat minta petunjuk. Jangan nak buruk2kan orang lain nanti menfitnah atau mengadu-domba/mengata2,bukan dapat pahal tapi dosa kering sudahlah tidak kerja suruhan2 Allah SWT yang wajib2, sedarlah insaflah

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.