Thursday, April 18, 2013



Calon yang diamanah menerajui cabaran Barisan Nasional (BN) menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-13, bukan lawan mudah untuk ketua pembangkang itu, kata ilmuan dan bekas rakan karib Anwar, Datuk Dr Sidek Baba.

Sambil menyifatkan Anwar akan 'bertemu buku dengan ruas', pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata Dr Mazlan Ismail adalah seorang petanding, boleh melawan dan mempunyai latar belakang yang boleh menjadi saingan kepada Anwar.

"Apabila dia (Dr Mazlan) bersedia melawan, ia ibarat (Anwar) 'bertemu buku dengan ruas', kerana Dr Mazlan merupakan anak tempatan, seorang profesional dan amat layak. Dr Mazlan bukan lawan mudah bagi Anwar.

"Dr Mazlan dari segi imej, saya lihat ada faktor saingan pada dia, ada jiwa agama dan bekas pimpinan PAS. Dr Mazlan sudah tentu ada faktor simpati daripada orang PAS apalagi di kalangan orang Umno dan orang yang berada di tengah-tengah.

"Ini mungkin meletakkan peluang yang lebih kepada dia, memang satu yang bijaksana hantar orang yang terbaik di situ untuk menghadapi tokoh yang bercita-cita menjadi perdana menteri," katanya kepada Bernama selepas program 'Helo Malaysia' terbitan BernamaTV, malam Rabu.

BN mempertaruhkan bekas pengarah pilihan raya umum (PRU) PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan untuk menentang Anwar pada pilihan raya umum kali ini.

Merupakan anak tempatan Permatang Pauh, Dr Mazlan, 53, memiliki Ijazah Komunikasi Elektronik daripada University of Salford, United Kingdom dan PhD dalam 'Intelectual Capital Management' daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bukan setakat itu sahaja, pengalaman Dr Mazlan di bidang korporat dengan menyandang jawatan naib presiden Telekom Malaysia sebelum ini, dilihat memberi kelebihan kepadanya.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa pakatan pembangkang harus diberi peluang untuk memimpin kerajaan, Dr Sidek berkata Malaysia bukan seperti negara Arab.

"Dalam menilai sesebuah kerajaan, kita lihat rekodnya, kita tentukan ada kesinambungan. Asas rekod prestasi di Malaysia, jika kita lihat dari segi pertumbuhan ekonomi negara adalah baik, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) baik, inflasi agak terkawal, tahun lepas sahaja, hasil dalam negara memungut RM125 bilion, jumlah agak besar, simpanan dalam negara pun ada.

"Dari segi rekod prestasi ini, dan dasar-dasar kerajaan juga memihak kepada rakyat dan jelas, dasar membangun dan memperkasakan pendidikan jelas, dasar menyantuni golongan miskin pun ada. Itu tidak berlaku di Asia Barat," katanya.

Sidek juga berkata Malaysia turut mengalami perubahan negara Islam apabila wujudnya Bank Islam, Takaful Islam, Bon Islam, Sukuk Islam, wakaf, zakat, dan tidak lama lagi akan wujud Universiti Al-Quran.

"Siapa kata kerajaan tolak Islam, yang betul katakan betul dan yang baik katakan baik...dan jika tidak benar katakan tidak benar dengan etika yang baik. Itulah cara kita," katanya.

Mengenai nasihat kepada pengundi muda yang kali pertama mengundi pada PRU13, beliau berkata proses memilih wakil rakyat tidak boleh dilakukan hanya berdasarkan kepada zahir seseorang calon itu.

"Walaupun kita tidak tahu tentang sisi peribadi seseorang itu, tetapi kebenaran lambat laun akan diketahui. Saya harap generasi muda, jangan mudah membuat keputusan, melompat dengan kenyataan mengutuk dan sebagainya.

"Cuma ingatan saya kepada orang muda yang tak kenal saya, kenalilah saya dan kenalilah Datuk Seri Anwar masa silam dan masa kini. Bila kenali saya, kita berbincang, saya ada cukup bukti untuk membuktikan benda-benda seperti ini, kerana saya membuat kajian," katanya. - BERNAMA

11 comments:

S.A.Hamid said...

Semoga rakyat semua dapat pesanan dari Dr. Sidik

S.A.Hamid said...

Semoga rakyat semua dapat pesanan dari Dr. Sidik

Hanif WST said...

Semoga dengan pendedahan Dr. Sidek ini dapat membuka minda anak-anak muda yang terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim..

melayuinsaf said...

puak2 UMNO taksubb kat najib engcow tak pelik...anak bini tak tutup aurat,boros, skandal rasuah,bunuh,fitnah,merompak harta negara/rakyat...puak2 derhaka kpd ALLAH ni jugak yg engcow taksub...hu3

Anonymous said...

yang mata buta dan hati hitam saja yang tidak akan menerima fakta...tetapi tetap mempercayai AUTA..sedarlah melayu melayu yang menjadi lembu...kalu benar kita ada akal bukan otak...belajar la bersyukur atas nikmat nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita sehingga kita boleh menyedut udara keamanan dan kesejahteraan hari ni atas perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin yang menerajui kerajaan hari ini. Kepada penyokong penyokong pembangkang, saya meminta satu saja contoh..tolong tunjuk dan buktikan kejayaan dan pembangunan yang dibawa oleh puak puak kamu tu...INGAT.....HANYA SATU

Anonymous said...

............ ORANG UMNO KATA: POLITIK UMNO LEBIH MULIA DARI NABI!? ... SEBAB TU... KETUA2 DAJJAL UMNO SENANG2 TOLOK HUKUM ALLAH & SUNNAH NABI!... kakakakah.. politik kaum jahil UMNO.. sesat & menyesatkan ummah....UMNO penyubur maksiat... berapa ramai sudah Melayu murtad... berapa ribu Melayu lahirkan anak zina.... melayu UMNO buta hati.... sebab tu majlis2 TAHLIL arwah2 fanatik UMNO tak perlu hadir... biar puak2 ni berdebat dengan Allah saja diakhirat nanti !!!!

Anonymous said...

Jika UMNO/BN hebat & disayangi rakyat,......

Mengapa Madey & penganut2 / kroni2/ agen2 Umno sangat musuhi & cemburi Anwar?

Mengapa Umno gunakan teknik konspirasi yahudi zionis & nazi hitler terhadap Anwar?

Banyakkah kepentingan ketua2 lanun Umno & kroni2nya akan terjejas semasa Anwar didalam kerajaan dan diluar kerajaan?

Bodohkah semua rakyat yang menyokong aspirasi perjuangan & perubahan negara bersama Anwar?

Diharap pencacai2 UBN cari kelemahan dasar perjuangannya bukan serangan mencarut & lucah peribadi Anwar yg diragui kesahihannya itu sebagai modal kontang pemikiran jumud politik Umno itu!

Politik Melayu yang dijumudkan oleh diktator UMNO menyebabkan hak agama, bangsa & tanah air sudah banyak tergadai!!!!!!

JIKA demokrasi sihat & bersih dibawah UMNO... maka... ketua2 UMno- Najib, Muhyidin, Raisyatim, Maslan, t. Adnanmansor, nazri aziz dlll.. boleh berDEBAT, berHUJJAH, berFORUM terus & terbuka dengan Anwar, nik Aziz, Hadi, Matsabu, .... biar seluruh rakyat mendengar & menilai fakta & realiti masing2 seterusnya "rakyat akan mmebuat perhitungan politik yang tepat" dalam PRU13 nanti.

Anonymous said...

Puak hamPas ni taksub pada pemimpin yg pandai mengutuk orang. Ingat syurga dlm tangan nicky ke? Hudoh2 UMNO, Islam dan Melayu tetap di pelihara. Pakatan pemunah Rakyat. Sibuk nk ambil apa yg BN dah buat. Memang jenis suka ambil hak orang

Anonymous said...

Nk berdebat dgn puak hamPas dan p gar r. Hmm foolish. Wasting time. Jenis pandai nk condemn orang, kerja hampeh. Dapigs tunggu je nak ganti hamPas. Puak ni dh bagi jalan puak komunis masuk surau, sembelih lembu, ceramah. Tak ke bengong

Anonymous said...

Melayu mudah lupa. Pada yang menyokong kerajaan sedia ada, pastikan anak2 dan kaum keluarga mengundi BN di PRU13. Tumbangkan "Pakatan" bersama Manifestonya.

Anonymous said...

Jom tunjukkan protes kita pada PAS dengan tidak pangkah PAS dalam PRU kali ini. Biar PAS muhabasah balik dengan perjuangan asal.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.