Tuesday, April 2, 2013



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas dia mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.

Menerusi twitternya, Nurul Izzah telah membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimennya sendiri...


Mana tak kelakar...isi kandung laporan tersebut macam baru nak jadi Ahli Parlimen ...padahal Parlimen dah nak bubar...Kalau tak percaya baca tengok apa yang Nurul Izzah tulis...

Hujung minggu lepas saya berkesempatan melawat dan berjumpa dengan penduduk Lembah Pantai dalam tugas saya sebagai seorang Ahli Parlimen.
Sering kali saya akan ditanya tentang bantuan dan juga masalah setempat yang dihadapi penduduk berbilang bangsa dan status ekonomi.
Buat penduduk di Bangsar yang terdiri daripada penduduk kelas menengah, soalan lazim ditanya adalah berkenaan masalah jenayah, isu-isu ekonomi dan krisis rasuah.
Manakala rakyat Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi akan bertanyakan tentang masalah penyelenggaraan prasarana perumahan seperti lif rosak, sampah-sarap, jalan berlubang, longkang tersumbat, jenayah jalanan serta bantuan kewangan akibat kos sara hidup yang kian meningkat.
Penduduk majmuk kawasan Taman Sri Sentosa dan Jalan Klang Lama rata-rata mahukan usaha membanteras jenayah diberi tumpuan seperti mana tumpuan polis dan pasukan Rela lebih dipusatkan untuk penduduk Bangsar buat masa ini.
Jelas kelihatan setiap kawasan di Lembah Pantai miliki masalah yang unik dengan keperluan dan keadaan setempat.
Pada hemat saya, isu-isu setempat boleh dibahagikan kepada tiga kategori bersesuaian dengan bidang kuasa berikut iaitu – isu-isu yang perlu diselesaikan di peringkat Kerajaan Persekutuan seperti masalah jenayah, rasuah, pendidikan dan ekonomi – isu-isu seperti penyelenggaraan prasarana, pengurusan sampah-sarap dan kebersihan yang perlu diselesaikan oleh kerajaan tempatan seperti DBKL – dan isu-isu yang mampu diatasi dengan kolaborasi masyarakat setempat...
Nak bahagi apa lagi...kerja bahagi-bahagi ni sepatutnya dibuat masa awal atau pertengahan penggal..bukannya dihujung penggal masa parlimen nak bubar...



Ekoran kenyataan bodohnya itu beberapa pengikut twitternya kemudian memberikan maklum balas mengecam tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mengecam Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

“Parlimen dan nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

“Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh,” kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu “ketinggalan bas” untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.

Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu....


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.