Wednesday, April 3, 2013



Selaras dengan pembubaran Dewan Rakyat hari ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong Barisan Nasional (BN) agar mendahulukan parti tanpa mengira individu yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
“Ini pertandingan antara parti, bukan pertandingan antara orang perseorangan kerana hanya parti saja yang boleh tubuh kerajaan, jadi mereka mesti tentukan parti mereka menang,” katanya kepada pemberita di  pejabatnya di sini hari ini.
“Kalau mereka betul-betul setia pada parti, jangan kira siapa jadi calon. Kalaupun di situ dia letak calon MCA, Umno mesti sokong. Kalau dia letak calon Umno, MCA, MIC mesti sokong kerana kita hendak parti BN menang.”
BN diyakini akan memenangi PRU13 nanti, malah mungkin dengan  majoriti dua pertiga berdasarkan pengundi, termasuk pengundi Cina kini dilihat kembali kepada BN berdasarkan respons daripada siri perjumpaan yang dihadiri pemimpin parti, katanya.
Ditanya sama ada beliau akan kembali bertanding untuk menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu bertanding lagi memandangkan beliau sudah bersara dan Lim yang sepatutnya mengikut jejak beliau.
“Dia patut bersara sebab dia aktif dalam politik ini sejak tahun 1964, bagilah can (peluang) kepada orang muda. Saya bagi peluang pada orang muda sebab itu saya letak jawatan pada 2003.
“(Lim) Kit Siang ini walaupun dia seorang ahli politik yang berpengalaman dan berpengaruh, tapi tiba masanya dia tarik diri,  tak usah bertandinglah, bagilah peluang pada orang muda,” katanya.
Dr Mahathir sebelum itu menerima kunjungan bekas ahli PAS seumur hidup Zainon Ismail yang memohon maaf kepada beliau.
Zainon atau lebih dikenali dengan nama CN Afghani mengaku pernah merancang membunuh Dr Mahathir pada tahun 1988 kerana terpengaruh dengan “Amanat Haji Hadi” yang menyatakan bahawa Umno kafir. — Bernama

*1964 -2013 = 49 tahun... tuuuu diaa.. siapa yang kemaruk kuasa sekarang ni??...DAP dah tak cukup calon muda ke untuk diketengahkan??

2 comments:

jijan said...

bertanding sampai mati..dalam kubur nanti apek ni nak bertanding gak ,maklumlah orang lama hahaha...

Anonymous said...

nampak sangat dlm PR takde calon yang sesuai nak ganti kit siang..anak dia sendiri tak habis2 dengan skandal..pelangi...plaster...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.