Friday, April 19, 2013




Tanda-tanda parti DAP akan roboh menyenbam ke tanah. Logo inflatable 'roket' runtuh semasa ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada ceramah di Kulai Jaya semalam!



Kejadian yang memalukan parti DAP menyebabkan Guan Eng DAP terpaksa berhenti berucap dan menanggung malu dek drama tersebut.

Drama 'roket' DAP runtuh ini sudah tentu akan menjadi bahan lawak rakyat setelah parti DAP menjadi badut politik dek tersilap kira undi semasa CEC DAP. Bukan itu sahaja, DAP sekali lagi menjadi bahan lawak kerana Guan Eng DAP mengaku tersilap mengira kos terowong di Pulau Pinang yang turut mendatangkan kemusykilan dan persoalan besar rakyat Pulau Pinang.

Yang lebih memalukan ialah apabila Registrar of Societies (ROS) tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan undi.

Yang memeranjatkan ialah kenyataan anak Lim Kit Siang DAP yang dianggap biadap apabila mengutuk ROS sebagai pengecut (cowardly and dastardly).
DAP will use the PAS symbol in Peninsular Malaysia and the PKR symbol in Sabah & Sarawak for the 13th general elections unless the Registrar of Societies (ROS)’s cowardly and dastardly attempt to assassinate the Rocket is withdrawn by revoking its 17 April 2013 letter not recognising the office-bearers of the Central Executive Committee(CEC).
Dan isunya bukan 'attempt to assasinate' parti itu tetapi perlaksanaan undang-undang yang perlu dijalankan dek kebangangan kepimpinan DAP yang gagal menjalankan pengundian CEC DAP dengan betul.

Yang lebih biadapnya kepimpinan parti DAP ialah mereka membuat ketetapan bahawaROS mesti (must) menarik balik surat yang memalukan seluruh kepimpinan parti chauvinis itu.
The DAP CEC in its meeting tonight decided that ROS must revoke its letter not recognising the office-bearers in the CEC by 3pm tomorrow on Friday.
Maka persoalan persoalan besar, apakah kepimpinan DAP sudah besar kepala dan berlagak angkuh apabila mereka mahu ROS mesti tarik balik surat itu? SETERUSNYA KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.