Tuesday, April 16, 2013


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau campur tangan dalam urusan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Rosmah berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana penentuan calon diputuskan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan tertinggi BN.

"Menjelang PRU ini saya telah banyak difitnah dan ditohmah...inilah yang saya rasa sebagai isteri pemimpin negara dan perkara itu sememangnya tidak boleh dielakkan.

"Antara (tohmahan) yang saya dengar, ada pihak yang bercakap saya masuk campur dalam pemilihan calon...itu tidak benar kerana kalau saya masuk campur pasti saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan," katanya ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra Warga Industri Hospitaliti, Kulinari dan Demonstrasi Masakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah dan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Kota Raja Ir Kamaruzaman Johari.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Rosmah menggesa semua isteri calon yang bertanding atas tiket BN supaya mengambil langkah proaktif dan memberi sokongan dengan turun padang menemani suami masing-masing berkempen.

Beliau berkata sokongan penuh yang diberi kepada calon yang bertanding secara tidak langsung mampu memberi kemenangan bukan sahaja kepada calon itu tetapi juga kepada BN.

"Saya minta isteri yang suaminya menjadi calon supaya turut sama menyibukkan diri berkempen untuk suami masing-masing.

"Dengan adanya kerjasama dan sokongan bersepadu daripada pelbagai pihak, kita (BN) mampu pertahankan kepimpinan di negara ini termasuk mengambil semula Selangor daripada (pakatan) pembangkang," katanya.

Rosmah turut mengingatkan suri rumah agar sentiasa menyajikan makanan yang seimbang kepada keluarga kerana rumah adalah tempat yang paling sesuai untuk memupuk amalan pemakanan secara sihat.

"Saya menyeru kepada para ibu sekalian, sebagai suri rumah tangga kita harus bijak mengatur pemakanan keluarga supaya mereka sihat sejahtera," katanya. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Betul tu... tak kanlah DS Rosmah nak ambil tahu hal calon BN. Serupalah juga dengan DS Sahrizat yang tak pernahpun tahu hal ehwal bisnes suami dan anak-anaknya. Apapun harapan kita agar calon-calon baik dari BN dan PR janganlah hendaknya berkempen memburuk-burukkan peribadi seteru masing-masing. Berdebatlah tentang kelebihan dan tujuan manifesto masing-masing agar rakyat kita jadi lebih bertemadun dengan hak-hak berdemokrasi yang sebenar.

Anonymous said...

Kali nih kita kasi zero sama PR..
Jom!!! Undi Barisan Nasional...

ZoRRo...

Gombug said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Bukit Gelugor Online said...

ya saya setuju,kesian kt kak mah kesayangan rakyat Malaysia ni..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.