Tuesday, April 16, 2013

Macam mana ni.. Presiden PAS kata tak perlu siasat sebab video itu fitnah tapi Timbalan Mursyidul Am pula kata kes video seks yang membabitkan Stopa Ali itu perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti tersebut...Bercelaru...


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din mencadangkan agar kes yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti tersebut.

Kenyataan Dr Haron yang disiarkan dalam Malaysikini berkata Pas mempunyai mekanisme dalaman sendiri untuk menangani perkara itu, dan jawatankuasa tatatertib yang diketuai oleh Datuk Wan Mutalib Embong perlu menanganinya secara bijaksana.

“Pas mempunyai mekanisme sendiri untuk mengatasi segala masalah, kita mempunyai pelbagai lajnah dan setiap lajnah mempunyai manual kerjanya sendiri. Contohnya Lajnah Tatatertib, di situ kalau wajar diambil tindakan, teruskan.

“Saya tiada kena-mengena dengan lajnah itu tetapi mereka lebih peka dan tahu kerja mereka, kalau perlu tindakan, mereka perlu buat, jika tidak berbaloi dilakukan, tidak ada faedah, maka mereka perlu ambil langkah tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu rakaman video seks seorang lelaki yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seperti yang tersebar luas ketika ini.

3 comments:

Gombug said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Anonymous said...

ASIK2 SEKS..SEKS..SEKS..SEKS...SEKS....tarak isu lain ke nak menang umno ni.....otak seks betul lah......orang dah meluat tau....biar berlambak sekali pon dihidangkan lama2 orang jemu nak meluat dan tak akan percaya.....jadi lah cerita rakyat gembala kambing dengan serigala.....apa jadi diakhir cerita itu.....UMNO/BN akan mampos tau dgn asik dihidangkan cerita seks..seks..seks..seks....fikir2kan lah, ini bukan caranya dan orang BN bukan gtinggi pon moralnya kan....elakkan lah hidangkan cerita seks ni....nak muntah aku tau...makin menyampah...lagi byk dikeluarkan orang tak kan percaya tau....walau pon betul....mcm cerita gembala kambing tu lah....

Anonymous said...

Dah juak2 pembangkang ni takde kije lain..seks..seks..seks..aje..kalau tak lapor macam korang tak buat kije langsung plok..memang pun kan..kan..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.