Tuesday, April 9, 2013



Teka-teki bakal calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat (PR) masih belum terjawab walaupun Pilihan Raya 2013 akan berlangsung tidak lama lagi apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih enggan mengulas berkenaan parkara itu.

Abdul Hadi dilihat mengelak ketika ditanya pemberita berkenaan perkara itu sebaliknya menegaskan perkara berkaitan calon perdana menteri daripada pakatan pembangkang hanya akan diselesaikan apabila pilihan raya umum ke-13 berakhir.

“Saya tidak boleh mendahului rakyat, kita perlu menangkan dulu, baru kita tahu siapa (perdana menteri),” katanya menjawab pertanyaan pemberita selepas Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf di sini. Tambah presiden PAS itu lagi, beliau tidak sepatutnya mendahului rakyat dan sebagai menghormati sistem Raja Berperlembagaan, beliau tidak sepatutnya mengulas berkenaan perkara tersebut.

“Kita ada raja perlembagaan, tak boleh dahului, ini adab kita ... saya tak boleh kata saya sedia, saya hanya sedia jadi khadam kepada rakyat,” katanya lagi. DAP sebelum ini telah bersetuju untuk melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13 akan datang.

Isu itu kemudiannya kembali berbangkit apabila Muktamar PAS di Kelantan pada November tahun lalu melihatkan pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama PAS mencadangkan agar Abdul Hadi dilantik menjadi perdana menteri. “Siapa jadi perdana menteri yang penting mesti orang Islam yang diterima rakyat,” tegas Abdul Hadi lagi.

Media sebelum ini melaporkan pemimpin PAS telah mempersoalkan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya memenangi kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya 2013, dengan satu sumber mengesahkan mereka telah menawarkan kepada pemimpin Umno Tengku Razaleigh Hamzah jawatan tertinggi tersebut.

Sumber berkenaan berkata, persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR selepas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam. “Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan kepada media.

“Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” tambah sumber tersebut.

Menurut satu sumber lain dari PR, satu pertemuan telah dilakukan diantara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.

Isu siapa bakal perdana menteri PR sekiranya dapat merampas Putrajaya timbul apabila dilaporkan Majlis Syura Ulama PAS dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri PR dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.

Perkara itu bagaimanapun ditolak Pengerusinya Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam PR, menurut agensi berita Bernama. Pengerusi DAP Karpal Singh masih menegaskan Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.

PAS akan bertanding 70 daripada 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 yang perlu diadakan tidak lama lagi dan membiarkan selebihnya untuk ditandingi oleh rakan PR, DAP dan PKR. BN mengalami kekalahan terburuk pada Pilihan Raya 2008 apabila kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan empat negeri kepada PKR, PAS dan DAP. Akan tetapi gabungan pemerintah itu merampas semula Perak selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri keluar PR. - UtaraNews

**DAP rilex je declare mahu Anwar jadi PM..Kenapa PAS takut nak berbuat demikian?? Takut hilang undi ke??

1 comments:

asyikin hishamudin said...

DAP ade agenda tersembunyi sbb tu lantik anwar jd pm. sbb anwar adalah pemimpin liberal. hadi awang pemimpin Islam..DAP nak hapuskan Islam kat Malaysia ni

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.