Wednesday, April 17, 2013


Nampaknya peluang untuk BN menang di Permatang Pauh sangat cerah..Gambar ini EP rakam semasa program perasmian bilik operasi jentera belia Parlimen Permatang Pauh. 
.
**Anuar Faisal calon BN Permatang Pasir terpaksa meninggalkan majlis lebih awal kerana menghadiri program lain...

Cikgu Zaidi, Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh juga pun turut hadir memberi sokongan..




**Dulu lain sekarang lain..

Umno Bahagian Permatang Pauh akan memastikan kemenangan semua calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi kawasan parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negerinya (DUN) walaupun pemimpin Umno Bahagian itu tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. 

Ketua Umno Bahagian Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata anggota perlu akur kepada keputusan parti dan apa yang penting ialah kemenangan di Permatang Pauh. 

"Tujuan kita, matlamat kita, nak memenangkan Permatang Pauh. Kita mahu Permatang Pauh dipulangkan kepada tuan yang sebenar iaitu Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

BN Pulau Pinang semalam mengumumkan Dr Mazlan Ismail bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohamad Nasir Abdullah bagi kerusi DUN Seberang Jaya, Anuar Faisal Yahaya (DUN Permatang Pasir) dan Ibrahim Ahmad (DUN Penanti). 

"Kita kena akur ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Kali ini (calon BN bagi DUN Seberang Jaya) Datuk Mohamad Nasir jadi calon. Macam saya, saya bekerja untuk parti. Walaupun saya adalah Ketua Umno Bahagian, saya juga tidak tercalon," katanya. Mohamad Nasir yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata beliau yakin BN dapat mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya. — Bernama

2 comments:

Berita dari gunung said...

Anwar terlebih langkah walau dipesan berkali-kali. Dua kes mahkamah belum cukup untuk pengajaran. Dia suka meredah laut DOSA sambil menabik dada dia kebal dari azab neraka.

mampukah orang Permatang Pauh tolong sama pikul DOSA hasil nafsu syaitan Raja Temberang. Atau rakyat permatang pauh sudah percaya mereka juga kebal dari segala azab sengsara?

Gombug said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.