Saturday, April 6, 2013



Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata beliau begitu terkejut dengan pendedahan bekas pegawai agama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir dalam pertemuan tertutup di rumahnya kira-kira pertengahan tahun lalu.

Dr Sidek berkata pendedahan pegawai agama itu menguatkan lagi hasratnya untuk terus meninggalkan Anwar.

Beliau tidak menyatakan siapakah pengawai agama Anwar itu dan butiran pendedahan yang didedahkan kepadanya, namun difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Pendakwah dan pendidik tersohor itu turut mendedahkan maklumat bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor yang mendedahkan kejadian Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pernah menelefonnya dari washington agar tidak membenarkan mana-mana lelaki bermalam di rumah kediamanya bersama Anwar.

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar tahun 2005 dan menjadi punca utama Ezam meletakkan jawatan dalam PKR dan menjauhkan diri daripada Anwar.

“Anwar tidak nafi. Wan Azizah tidak nafi tentang kejadian itu, “katanya kepada Buletin Utama, TV3 hari ini selepas mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur.

Menyentuh tentang ramai tokoh-tokoh ABIM yang bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya Umum ke-13, Dr Sidek berkata ABIM kini sudah tidak boleh mendakwa sebagai badan ‘bebas’ lagi dan dalam jangka panjang, ia akan merosakkan imej NGO itu sebagai sebuah badan dakwah.

“Kali ini dikatakan ramai pimpinan ABIM akan terlibat dalam politik. Sedangkan ABIM adalah sebuah pertubuhan yang saya anggotai lebih 30 tahun, sejak dulu, sehingga Anwar menjadi menteri dalam kabinet kerajaan, ABIM mengambil sikap non-partisan.

“Ini penting bagi ABIM, kerana ABIM sebuah badan dakwah dan tarbiah. Kalau ABIM mula memihak kepada tokoh-tokoh politik tertentu, bayangkan perjuangan selama ini dan jangka panjang ABIM.”

Pada 27 Mac lalu, Dr Sidek mendedahkan tiga sebab beliau meninggalkan Anwar, meskipun lebih 30 tahun mereka bersahabat.

Katanya, sebelum meninggalkan Anwar beliau menyiasat serta menemu bual 28 individu yang sangat rapat dengan Anwar dan kemudian membuat solat sunat istikharah bagi memohon petunjuk.

“Anwar ketika kami bersama-sama dalam ABIM dulu sentiasa mengingatkan saya bahawa seseorang pemimpin bukan sahaja kena bersih tetapi mesti kelihatan bersih dan saya pegang erat amanat itu sampai sekarang.

“Namun, dalam siasatan selama tiga tahun sebelum meninggalkan beliau, saya dapati terlalu banyak persoalan moral yang melingkari Anwar. Saya pegang kata-kata saya ini kerana kesemua 28 saksi itu masih hidup.”

2 comments:

malim kundo said...

Rakyat mesti faham apa sebab org2 hebat mcm dr sidek baba pun tinggalkan anwar... Jom tolak anwar, pakat kita undi Barisan Nasional pru ini!!!

Anonymous said...

Orang-orang yg pernah berada dalam inner circle Anuwar hampir semuanya telah tinggalkan dia. Mereka tu bukannya rapat baru setahun dua macam Rafizi. Mereka dah rapat berpuluh tahun.

Tinggal lagi Azmin dan Azizah.

Azizah sebagai isteri tentulah terpaksa telan segala kepahitan (ramai isteri yg berada dlm posisi seperti azizah ni) dan Azmin kekal sebab dia ada agenda politik sendiri. Nurul, of course sebagai anak, seumur hidup dia terikat.

Kini yg tegar menyokong seperti NA adalah orang2 yg hanya kenal anuwar diluar aje.

Ezam sendiri pun benar2 kenal setelah dia tinggal dirumah anuwar.

Saya harap, para anwarinas... berdoalah mohon petunjuk dari Allah. Ikhlaskanlah hati anda dalam perjuangan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.