Tuesday, April 23, 2013



Pengerusi Bersama BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard telah dipukul oleh Unit Amal Pas kerana tidak berpuas hati calon PKR dari Negeri Sembilan itu bertanding di DUN Sungai Pelek, Pulau Pinang.

Maria Chin Abdullah“Mula-mula Unit Amal Pas membentuk ‘dinding manusia’ sebagai usaha untuk menghalang CheguBard mendaftarkan diri sebagai calon PKR Sungai Acheh, lapor Malaysiakini yang memetik kata-kata Maria Chin, namun apabila kaedah itu gagal mereka mula menyerang secara fizikal.

“Apabila taktik ini tidak berjaya, (mereka) terpaksa menyerang fizikal beliau,” dakwa Maria Chin, ahli jawatankuasa Pemantau, organisasi yang dibentuk oleh BERSIH.

Maria Chin berkata insiden itu membuktikan penafian hak Chegubard untuk melibatkan diri dalam politik.

Di DUN Sungai Acheh, Chegubard telah bertanding secara tiga penjuru dengan calon PAS, Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi itu Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional (BN).

Pada 10 April lalu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman telah mengumumkan nama Chegubard, sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan, namun keesokan harinya, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man mengumumkan pula nama Yusni Md Piah, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri sebagai calon dari partinya.

Chegubard bukan anak tempatan, pada tahun 2008 beliau bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan, namun tewas kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar daripada BN.

Pada 2004, Chegubard juga bertanding kerusi DUN Rantau, Negeri Sembilan, sekali lagi beliau tewas kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hasan.

“PRU12 (2008) – PKR – dengan persetujuan/janji menukar suka sama suka DUN Sg Bakap berdasarkan surat pada 5 November 2007, yang akhirnya PAS dikhianati. Hal yang sama berlaku kepada DUN Pinang Tunggal dan Teluk Bahang, yang PAS juga dikhianati.

“PRU13 (2013) – PAS – menuntut kembali kerusi Sg Acheh, memandangkan Sg Bakap sudah dimenangi oleh PKR,” jelas Yusni di blognya, ustazyusni.wordpress.com.

Menurutnya, Pesuruhjaya PAS P.Pinang mengumumkan terlebih dahulu kerusi Sg Acheh adalah milik PAS setelah mendapat keputusan rasmi hasil perundingan di peringkat Pakatan Pusat pada 10 Mac 2013 iaitu sebelum PKR mengumumkan terus calon pada 16 April 2013.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, amat kecewa dengan tindakan Calon PKR Sg Acheh yang sengaja memburukkan PAS P.Pinang dan menuduh tanpa bukti.

“Ayuh Jadikan Sungai Acheh Suara PAS di DUN P.Pinang !!,”katanya.

Namun, kepimpinan Pakatan yang bermesyuarat semula semalam bersetuju memutuskan DUN Sungai Acheh adalah milik PKR.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya menyifatkan tindakan parti itu meletakkan calon di tujuh kerusi berkenaan bertujuan untuk “menyelamatkan Pakatan Rakyat dari syaitan“.

4 comments:

Anonymous said...

Yang telah disyaitankan nak selamatkan syaitan elok la tu..kelakar si hadi ni..depan2 kena bodohkan pun bangang lagi.

Anonymous said...

kalau macam ni pas cuma bolih bekerjasama dengan PERKATAAN PKR dan PERKATAAN DAP saja.kerana SEMUA ahli2 pkr dan ahli2 dap SYAITAN2 belaka.

Anonymous said...

Syaitan yang Dikenali adalah ahli UMNGOK yang busuk hingga ke usus seperti yang dinyatakan oleh Dr M.

Apapun.....kimak untuk kedua-dua calon PAS dan PKR yang berebut kerusi. Jelas ketamakan mengatasi kesepakatan.

Memalukan dan nampak bodoh.

Aku yang jauh diselatan pun terpalit dengan kebangangan malaun 2 ekor nih. ptuiii

Anonymous said...

memang bagus pun ko terpalit sekali setan..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.