Friday, April 5, 2013

Nampaknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan Khalifah Umar Lim lebih Islamik dari Kerajaan Negeri Kelantan kerana memilih hari Jumaat untuk membubar DUN..Alasannya hari Jumaat, paling sesuai untuk pembubaran kerana ia 'penghulu segala hari' dalam seminggu.

Apa motif Lim Guan Eng buat kenyataan macam ni..??


Akhirnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan selepas dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen pada 3 April.

DUN negeri itu sepatutnya tamat pada 2 Mei. Pembubaran itu sekali gus memberi laluan untuk membolehkan pilihan raya negeri dilangsungkan, yang mesti dibuat sebelum 28 Mei.

Ekoran pembubaran itu, pentadbiran sekarang dengan sendirinya menjadi kerajaan sementara.

Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu di Komtar selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediamannya di Seri Mutiara pada jam 9 pagi tadi.

Lim berkata, hari ini, Jumaat, paling sesuai untuk pembubaran kerana ia 'penghulu segala hari' dalam seminggu.

Beliau juga berharap semoga ia membawa keberkatan kepada semua dan supaya pilihan raya akan berlangsung dengan aman tanpa sebarang gangguan.

** Macam ni la puak-puak PAS dok kena tipu dengan Khalifah Umar Lim...Sampai ke bubar DUN cuba nak memperdaya umat Islam di Pulau Pinang dengan memainkan sentimen agama..

2 comments:

Anonymous said...

spin jgn x spin.. wakaks

Anonymous said...

Gitulah kata-kata Shaykhul Akfar YB Lim Guan Eng..
LGE Patut diberi/ditambah gelaran itu...Shaykhul Akfar.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.