Sunday, April 7, 2013

Hahahaha...Bila mai tang PAS semua yang haram automatik akan bertukar menjadi halal..

Belanja sarapan pagi dengan mengharapkan undi bukan satu bentuk rasuah ke?? Walaupun nilainya kecil..(sarapan je..itupun bagi makan orang..bukannya bagi duit pun) tetapi ianya sudah boleh dikira rasuah kerana pemberian itu mengharapkan balasan...

Kalau benda ni memang dibuat sejak dari dulu lagi..sebelum kempen pilihanraya bermula..lain cerita...Ini nizar belanja sarapan masa nak pilihan raya saja..KENAPA BARU SEKARANG KATA JALAN KE HARI ADALAH MELALUI PERUT...Sebelum ni ada jalan lain ke ke hati??


Dengan memegang kepercayaan “jalan untuk ke hati adalah melalui perut”, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah bekerja untuk memenangi hati pengundi Umno dengan membelanja mereka sarapan pagi di kedai kopi kegemaran mereka setiap pagi Jumaat.

Acara mingguan ini boleh meleret sehingga dua jam dan kebiasaannya diadakan di kawasan majoriti Melayu di kawasan Nizar - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di daerah Seri Menanti dan di kerusi parlimen Bukit Gantang.

Sasaran beliau adalah untuk memenangi undi Melayu Perak, yang dilihat oleh pemerhati paling sukar untuk dimenangi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013, akan tetapi Nizar mengatakan strategi sarapan paginya telah memberi keajaiban dengan penyokong setia Umno ini.

4 comments:

Anonymous said...

makan boleh pengkah tetap BN. kali ini nak tengok PKR tersungkur di Perak.

Anonymous said...

Orang Melayu bodoh je yg undi PAS, DAP & PKR.

Anonymous said...

Kata org bijakpandai,
Org susah kata " apa kita nak makan hari ni?"
Org senang kata " kat mana kita nak makan hari ni?"
Org Politik kata " sapa aku nak makan hari ni?"
hahaa. Jaga2 dgn Mamat Lambai ni..

Anonymous said...

OOO patutlah dia suka lambai-lambai org tuhari, nak belanja makan rupanya. Nyesal aku x singgah.Apalak hari Jumaat je, mentang2 baru dpt projek bersihkan parit mlm tadi, hari lain x belanja ke YB Lambai?. Uhuk uhuk.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.