Wednesday, April 24, 2013

HOT : NAJIB BENAR BENAR KESAL...


Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan kejadian letupan bom yang berlaku di Pulau Pinang malam Selasa dan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini, Perdana Menteri berkata semua parti telah dinasihat agar sentiasa menjaga tata tertib dan mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

"Sepatutnya semua bersaing secara sihat dan menunjukkan amalan demokrasi," katanya.

Semalam, ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.

Kejadian itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.

Sambil memandang serius perkara itu, Najib berharap semua pihak khususnya parti-parti politik yang bertanding memainkan peranan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang. - BERNAMA

1 comments:

Anonymous said...

Terima kasih PM. Sepatutnyalah dari mula lagi semua penyokong mana-mana parti yang bertanding berfikiran secara rasional bukannya emosional. Janganlah menghalangi calon atau wakil calon dari parti lawan yang nak buat ceramah di semua kawasan pilihanraya... waima kawasan tersebut dahulunya dimenangi parti lawan mereka. Parlimen dan DUN dah dibubar, ini bermakna sesiapa sahaja berhak berkempen untuk memancing undi selagi mematuhi undang-undang pilihanraya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.