Wednesday, April 17, 2013



Sebahagian penonton bertindak 'angkat kaki' selepas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Segamat Datuk Chua Jui Meng mengumumkan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada ceramah yang diadakan di sini malam Selasa.

Anwar yang diuar-uarkan melalui beberapa poster di sekitar Segamat akan memberi ceramah di dua kawasan di sini diberitahu sedang sibuk mempengerusikan mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur.

"Saya minta maaf kerana Datuk Seri Anwar tidak dapat sampai kerana mesyuarat Pakatan Rakyat masih belum tamat lagi.

Tetapi beliau berjanji akan datang berjumpa orang Segamat sebelum 5 Mei nanti," ujar Chua sebelum memulakan ceramah, di Taman Yayasan, malam Selasa.

Bagaimanapun, selesai saja pengumuman tersebut sebahagian besar penonton yang rata-ratanya penduduk tempatan mula beredar daripada lokasi tanpa mendengar ceramah daripada Jui Meng.

Turut hadir pada ceramah tersebut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Ghafir Abdul Hamid dan Naib Ketua PKR Negeri, Hassan Karim.

** Bagi EP..Mesyuarat itu penting atau tidak..itu bukan alasan untuk tidak hadir ke ceramah kerana janji tetap janji..Melainkan bagi Anwar kawasan Segamat tak penting baginya..


2 comments:

Malaysian Cybertrooper said...

Nak buat macam mana kalau Manifesto pun dikatakan bukan janji apatah lagi ceramah?? Buat menyemak kepala dia je.

Mohon tuan empunya blog pautkan blog saya:
http://mycybertrooper.us.ms/feed/

Blog tuan dah pun saya pautkan di laman blog saya.

Terima kasih

Gombug said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.