HOT : KU LI BAGI 'HINT' NAK PILIH KERAJAAN MANA... #GE13 #PRU13



Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan bijak bagi memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ini kerana rakyat mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kerajaan selepas Dewan Rakyat dan Dun dibubarkan bagi membolehkan PRU13 diadakan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan pembubaran Parlimen (Dewan Rakyat) kelmarin bagi membolehkan PRU13 diadakan dan ia memberi kuasa penuh kepada rakyat memilih kerajaan baru bagi menentukan masa depan.

"Negara kita masih mengamalkan demokrasi untuk tujuan itu, tetapi rakyat harus menilai secara bijak sebelum membuat keputusan untuk mengundi siapa pemimpin yang layak bagi mereka," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara, Jerek, di sini hari ini.

Hadir sama anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mat Yusoff Ab Ghani dan Adun Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh percaya rakyat di mana-mana kawasan seluruh negara sudah menyimpan kenyakinan mereka untuk memilih kerajaan yang benar-benar boleh membawa kemajuan untuk kesenangan masa depan.

"Apapun keadaan yang dihadapi, kita juga tidak boleh lari daripada mengekalkan perpaduan sedia ada untuk menjaga keharmonian hidup dan mengejar segala kemajuan yang diidamkan selama ini," katanya.

Beliau berkata, daripada negara mula mencapai kemerdekaan tahun 1957 sehingga sekarang, sudah banyak kemajuan dapat dinikmati seluruh rakyat termasuk kemajuan pendidikan bagi membolehkan pelajar mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaaan.

"Kini pelajar boleh dikatakan rata-rata bijak apabila mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan dan sekali gus mereka boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk mereka yang tinggal di kampung luar bandar," katanya. - Bernama
HOT : KU LI BAGI 'HINT' NAK PILIH KERAJAAN MANA... #GE13 #PRU13 HOT : KU LI BAGI 'HINT' NAK PILIH KERAJAAN MANA... #GE13 #PRU13 Reviewed by Empayar Pemuda on 3:44 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Salam,saya xpasti tp sometng wrong dgn blog papagomo mcm kena hack je....atau pun Internet yg Ada problm..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.