Wednesday, April 3, 2013




Fuyoo..Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS dah mula bersuara...hebat..hebat..Dr Hatta Ramli kata Tindakan Barisan Nasional (BN) yang meniru pendekatan dan slogan Pakatan Rakyat dilihat sebagai kejayaan perang psikologi yang dilakukan Pakatan.

Tindakan itu juga mengesahkan lagi dakwaan pemimpin Pakatan Rakyat yang mengatakan BN ketandusan idea dalam usaha menarik sokongan rakyat.

"Bagaimanapun, kita tiada masalah mereka hendak guna. Mereka bebas nak guna. Cuma, mana slogan dia selama ini, 'Tradisi Membela Rakyat'. Kenapa tidak guna dah?" soal beliau ketika dihubungi Harakhdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa tindakan BN menggunakan slogan dan pendekatan yang diamalkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Perkara tersebut, antaranya dikesan di bangunan ibu pejabat MIC, di mana satu banner tertulis "Barisan Nasional Pilihan Rakyat', manakala satu lagi di bangunan bersebelahan bannernya menggunakan tema 'Produk-produk Dahulukan Rakyat'.

Umum mengetahui, Pakatan Rakyat telah melancarkan kempen mereka sebelum ini, 'Harapan Rakyat' sebagai tema dalam manifestonya.

Ia sesuai dengan namanya Pakatan Rakyat yang apabila disambung 'Pakatan Harapan Rakyat'.

**Lepas ni kalau sesiapa nak guna perkataan "RAKYAT" kena minta kebenaran pakatan rakyat dulu tau..Kalau tidak akan dicop ketandusan idea dan meniru pakatan rakyat..

Tak lupa juga Majlis Amanah Rakyat dan Bank Rakyat pun kena tukar nama lepas ni..


15 comments:

Anonymous said...

ALAMAK YA KE DAH TAK BOLEH GUNA PERKATAAN RAKYAT.. SEBELUM NI TAK LEH GUNA PENANG.. OK LAH.. " AKU DOT DOT DOT (_ _ _ _ _ _) MALAYSIA, CUTI NI NAK PI KE DOT DOT DOT (_ _ _ _ _ _)" SENGAL LAH KALAU MACAM NI......

bong dom said...

Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

bong dom said...

Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

bong dom said...

Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

Anonymous said...

slogan RAKYAT bukan hak pembangkang..pakatan rakyat hanya baru ujud..BN yg berkuasa lama dulu sudah lama guna..jadi jangan nak buat komen bodoh..

Anonymous said...

Dei badigol, nama kalau tak ada registered semua orang boleh guna, lagipun bukan hak milik sesuatu puak. Nama pun rakyat sukahatilah siapa nak guna.. Lihatlah tu, belum dapat kuasa dah nak angkuh semacam.. Minta simpang dari puak yang bongkak, tak reti berkhidmat, asyik berceramah mendcari kesalahan orang akjhirnya nak kerusi.. dah dapat meghilang diri..

nonbal said...

TAPI KALAU NAK GUNA JENAMA 'ISLAM' KENA MINTAK PERMISSION DARI PAS SEBAB PAS ADALAH PEMEGANG KPD JENAMA ISLAM (PARTI ISLAM LAH KONON).

Anonymous said...

Rakyat didahulukan...

Anonymous said...

Pemimpin dan pengikut pas sama bodoh!!!!

Anonymous said...

Ko org jgn jd gk cerdik sangat mcm tu...dia bercakap dlm konteks pertubuhan politik, persaingan di antara parti2 politik....MARA, Bank Rakyat tu parti politik ke....

Anonymous said...

saya gerenti slogan puak pr ni cetusan idea anwar sebab dalam bab ayat2 ni memang anwar handal. sebelum pas sembah anwar, mana slogan rakyat depa. sekarang kita dengar slogan yang ada perkataan rakyat, zalim, rasis. tapi pas terlebih megah tumpang sekaki.

Anonymous said...

bodonye org bn ni.....cam tu pun tak faham.malunyeee.

ibnusahdan said...

ds najib pun rakyat juga.bila masa dia jadi raja?BN juga adalah parti rakyat.bila masa raja menganggotai parti BN?aku pun rakyat tapi aku tak sokong pembangkang yg konon pakatan rakyat adakah akan menjadikan aku bukan rakyat?semua parti di malaysia adalah kepunyaan rakyat.taida parti diraja.harap maklum

Anonymous said...

kami tak bodo..kami tak pilih anuwar peliwat dan PAS parti rosak..harap maklum

Anonymous said...

perkataan rakyat tu adalah milik universal sesiapa saje boleh menggunakannya ...sebenarnya ia telah digunakan lebih awal oleh kerajaan...lihat sahaje Majlis Amanah rakyat, Bank rakyat, Ekspres Rakyat dan banyak lagi.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.