Sunday, April 14, 2013


Naungan politik, pengundi diragui dan pemberian wang tunai secara langsung menyukarkan Nurul Izzah Anwar untuk mempertahankan Lembah Pantai daripada terlepas kepada Senator Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dari Umno dalam pilihan raya 5 Mei, kata naib presiden PKR itu malam tadi.

Beliau dan rakan-rakannya daripada Pakatan Rakyat (PR) bercakap dalam dua ceramah di tempat paling miskin dalam kawasan parlimen tersebut, memberitahu pengundi untuk mengekalkannya di kerusi yang beliau menangi pada Pilihan Raya 2008.

“Beliau bukan sahaja menteri, beliau merupakan menteri Wilayah Persekutuan. Beliau mengawal DBKL. Beliau mengawal semua projek-projek. Namakan sahaja, semuanya diluluskan oleh beliau. Tiada apa-apa yang berlaku, tiada apa-apa kelulusan tanpa beliau,” kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insiderselepas dua ceramah tersebut.

Perdana Menteri Kerajaan Sementara Datuk Seri Najib Razak menamakan Raja Nong Chik sebagai senator untuk menjadikannya Menteri Wilayah Persekutuan dan Perancangan Bandar pada 2009 yang mengawal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sejak perlantikkannya, Raja Nong Chik telah bekerja untuk beberapa projek untuk menaik taraf kawasan parlimen tersebut termasuk kawasan kejiranan mewah Pantai dan Bangsar sehingga kawasan termiskin di Brickfields dan Pantai Dalam. Banner dan banting dengan wajah beliau terpampang merata-rata diseluruh kawasan Lembah Pantai.

Beliau telah mengedarkan limau semasa sambutan Tahun Baru Cina, bubur lambuk semasa bulan Ramadan dan sari semasa sambutan Deepavali untuk memenangi undi di kawasan tersebut. Menurut petugas PR, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga membantu BN memenangi undi dari pengundi berpendapatan rendah... - MI

** Elok la kalau dah sedar.. Kalau masih harapkan Nurul Izzah jadi wakil rakyat dikawasan tersebut alamatnya penduduk dikawasan Pantai Dalam masuk angin keluar asap lepas ni...kembung perut dengan ceramah fitnah dan pembohongan.. 

2 comments:

Anonymous said...

Bila parti dah jadi milik keluarga orang lain mana boleh masuk campur....

Anonymous said...

but she still win. and she deserves that better than nong chik.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.