Monday, April 15, 2013


Pengundi di Pulau Pinang dinasihatkan agar menolak calon yang gemar berpindah dari satu kawasan ke kawasan lain hanya disebabkan kegagalan mereka menunaikan janji kepada rakyat.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata kecenderungan calon nomad itu hanyalah untuk memperjudikan nasib rakyat di kawasan masing-masing semata-mata kepentingan peribadi mereka.
“Wakil rakyat seperti ini akan menggunakan apa sahaja alasan untuk mewajarkan tindakan mereka berpindah ke kawasan lain, hakikatnya mereka sebenarnya takut berdepan dengan tindak balas daripada pengundi yang kecewakerana mereka gagal menunaikan janji.
“Situasi ini benar-benar tidak adil kepada pengundi kerana mereka tidak diberi peluang untuk menilai prestasi ahli-ahli politik ‘nomad’ ini,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di pasar awam dan pusat operasi pilihan raya di Taman Bukit Panchor di sini pada Ahad.
Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini pengundi perlu membuat keputusan bijak dengan memilih calon daripada parti politik yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dijangka mengumumkan senarai calon BN negeri ini yang akan bertanding pada PRU13 selewat-lewatnya pada Selasa.
Katanya pada majlis itu, Teng akan menyerahkan surat pelantikan kepada calonBN yang dipilih itu, 60 peratus daripadanya bagi lima kawasan Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri daripada muka baharu.
“Calon BN bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN telah dipilih dengan teliti dan 15 calon Umno yang dipilih adalah penduduk tempatan di kawasan masing-masing,” katanya.
Beliau turut menggesa pemimpin Umno dan anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon untuk terus kekal dengan parti dan memberikan sokongan kepada calon yang dipilih bagi memastikan kemenangan.- BERNAMA

1 comments:

Gombug said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.