Tuesday, April 9, 2013


MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ternyata terus angkuh dalam tindakan beliau demi menjaga kepentingan politik Pas dan pakatan pembangkang yang turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ketaksuban dan sikap fanatik beliau yang cuba menggambarkan hanya Pas sahaja memperjuangkan Islam dan hanya pakatan pembangkang sahaja yang baik telah membuktikan Menteri Besar Kelantan semakin meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Tidak cukup dengan kenyataan sebelum ini bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala dan usaha UMNO membina masjid tidak memberi apa-apa makna, Nik Abdul Aziz muncul pula dengan kenyataan jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

Demikianlah angkuhnya Nik Abdul Aziz yang sekali gus menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz seolah-olah sudah dikuasai oleh politik kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO.

Mungkin juga semua ini berlaku kerana Nik Abdul Aziz semakin sedar berbanding tahun 2008, populariti Pas semakin merudum dan populariti UMNO semakin meningkat. Justeru mahu tidak mahu, Nik Abdul Aziz terpaksa menggunakan modal berkaitan Islam bagi menjejaskan imej UMNO.

Bagi Nik Abdul Aziz, ketegasan UMNO dalam memperjuangkan Islam termasuk begitu tegas dalam mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam adalah ancaman kepada Pas memandangkan Pas sudah bersetuju bersama sekutunya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.

Islam alat politik Pas

Selain itu, umat Islam di negara ini semakin sedar bahawa Islam hanyalah alat politik Pas dan pendekatan Pas dalam perjuangan Islam hanya digembar-gemburkan apabila menjelang pilihan raya sahaja.

Semakin meresahkan Nik Abdul Aziz ialah apabila Pas semakin kehilangan suara dalam pakatan pembangkang bagi menegakkan perjuangan Islamnya, oleh itu mahu tidak mahu usaha perlu dilakukan untuk mengalih pandangan umat Islam supaya tidak menyokong UMNO.

Sebab itulah, walaupun memahami bahawa apa yang beliau lakukan itu tidak wajar dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, Nik Abdul Aziz terus kekal dengan sikap merapu beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan berkaitan Islam melibatkan UMNO.

Dalam soal ini, kita tidak perlu berasa bimbang atau gundah gulana kerana kita memahami apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanya semata-mata bermotifkan politik. Nik Abdul Aziz semakin resah apabila kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan semakin tergugat berikutan sambutan hangat rakyat negeri itu terhadao gelombang merah yang dibawa oleh UMNO.

Fatwa bukan-bukan

Gelombang Merah yang bertujuan menukar kerajaan negeri pimpinan Pas itu dilihat oleh Nik Abdul Aziz adalah ancaman yang harus dihentikan segera.

Oleh itu mahu tidak mahu Nik Abdul terpaksa mengeluarkan `fatwa' yang bukan-bukan supaya imej Islam UMNO terjejas.

Sebagai seorang yang berpengaruh Nik Abdul Aziz memahami apa juga yang beliau kata akan diikuti oleh penyokong-penyokong tegar Pas tetapi beliau terlupa dalam pilihan raya bukan hanya pengikut Pas atau UMNO sahaja yang akan mengundi, malah lebih penting ialah kelompok penentu iaitu golongan atas pagar.

Golongan inilah yang akan menilai dan membuat keputusan sama ada apa yang dinyatakan oleh Nik Abdul Aziz betul atau tidak, oleh itu kepada Nik Abdul Aziz cukup-cukuplah merendahkan UMNO.

Belajarlah untuk bermuhasabah supaya jangan sampai oleh kerana semakin banyak kenyataan yang dikeluarkan, beliau akan dianggap 'nyanyuk' dan ini sudah tentu tidak baik untuk politik Pas yang begitu kemaruk memburu kuasa sehingga sanggup mengadai segala galanya..

8 comments:

Anonymous said...

silap tu TOK GURU. kalau nabi hidup lagi baginda akan tentang PAS habis-habisan terutama TOK guru sendiri. pandai2 tok guru kluar fatwa, berlagak sebagai nabi palsu. kalau saidina abu bakar pun hidup lagi, dia sekali lagi akan memerangi nabi palsu mcm tok guruh !!!!

Anonymous said...

Bagi tok guru cakap byk2 dan mengutuk sesama islam. Pas PRU13 nih dia dah tak ada jawatan. Hidup gelombang merah!

Anonymous said...

Pas Bukan Agama.Agama Bukan Pas

Nabi Muhammad saja teramat istimewa.

Manusia biasa akan di uji dengan bermacam TA.

MahkoTA.
TAhkTA.
HarTA
WaniTA
KereTA
TAnah
TAwadukkan
TAkwaan
CinTA
Nik Aziz manusia biasa.
Orang KelanTAn kerja KL amat selesa dan tidak di uji dengan Air Tanah balak dan semua orang KL rasa hebat lah 1Malaysia.TAkiah
Balik Ke KelanTA teTAp undi pangkah bule.
TAkiah.

arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

aku rasa kalau nabi idup balik...lama dah mkn penampar nabi tok guru gila babi ni....berterabur gigi nate ni nih....

Suhailah said...

saya orang sabah, suku kaum kadazandusun,saya ahli umno, saya sayang nabi Muhammad SAW :(
Rasulullah SAW adalah seorang negarawan, baginda bukan sahaja berjuang menyebarkan empayar islam tetapi dalam masa yang sama baginda juga telah berjaya memajukan bidang ekonomi, pertanian dan sebagainya..

Bukalah minda,
Ranau

Anonymous said...

Maksud Nik Aziz tu bukannya seperti yang saudara-saudari katakan. Cuba dalami maksud kata-kata beliau. Sudah tentu lah Nabi Muhammad akan menolak UMNO/BN kerana UMNO/BN tidak memperjuangkan agama islam dan kerajaan yang sedia ada yang ditadbir oleh mereka tidak mengamalkan undang-undang islam. Cuba bandingkan dengan kerajaan Islam yang pertama di dunia iaitu Madinah. Tanya balik diri saudara-saudari, samakah kerajaan kita dengan kerajaan Rasulullah? Bak kata Ustaz Azhar Idrus, sebagai seorang Islam, mestilah terdetik di dalam hati kita untuk hidup dibawah kerajaan islam yang menjalankan undang-undang islam. Lagipun, pemimpin kita, DS Najib tidak sesuai untuk memimpin negara Islam. Memanglah beliau seorang Islam, tetapi beliau tidak mempunyai kualiti untuk menjadi pemimpin negara Islam. Tepuk dada, tanya selera. Tun Dr Mahathir dan DS Najib sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang Islam boleh menghalang kemajuan negara kita. Apakah maksud mereka itu? Undang-undang Islam bukan direka oleh Rasulullah. Bahkan adalah oleh Pencipta kita yang Maha Esa. Adakah undang-undang Allah itu tidak sempurna? Perkara ini sungguh menyedihkan.
Jadi, tidak wujud soal Nabi Muhammad akan marah dengan kenyataan Nik Aziz. Bukankah beliau seorang ulama. Ingat, ulama2 adalah pewaris Nabi.

Anonymous said...

dulu aku memang hormat dgn Tok Guru ni..tp sejak dua menjak ni aku terfikir balik,ulama ape kebendanyer keluarkan fatwa sesuka hati..mengkafirkan org Islam (UMNO)..tp sanggup duk bersekongkol dgn Lim Guan Eng dan Karpal Singh yg terang2 kafir..memang sebab dia lah org Melayu berpecah belah..

Anonymous said...

Nk tanya satu soalan saje kat penyokong TGNA.
Bleh ke tunjok kitab mane dan ayat quran mane yg mnghukum sewenang2nya org islam yg brsyahadah sbg kafir dan x diterima solat serta amalnya..?
Adakah kerana x ikut telunjok sesuatu pihak dh layak dpanggil x betul.?
Masih teringat lagi kata2 seorg guru...nk cari seorg guru mursyid seperti nk dpt belerang merah ...maknanya skrg ni tramat sukar utk mncari guru yg benar2 mursyid.
Pas yg diketuai oleh TGNA selalu mmprjuangkn hukum hudud..adakah anda tahu KENAPA hukum hudud masih belom dpt dilaksanakan?
Jwpn: nk jlankn hukum hudud mcm mana skiranya umat islam masih berpecah belah..umat islam wajib brsatu.
Dan anda kene tahu ada rahsia kenapa kerajaan belom melaksanakannya..ini adalah rahsia negara yg berkaitan dgn perjanjian suatu ketika dulu. Prjnjian ini diluluskan demi kehidupan yg anda kecapi skrg ini.
Hukum hudud akan dilksanakan juga bila tiba masanya.
Inilah yg mnjadi anda tidak faham dan senang2 mmbuat tuduhan tanpa kaji trlebih dahulu.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.