Saturday, April 13, 2013



Calon PKR Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik, 48, menunjukkan sikap tidak patriotik beliau apabila mengagungkan kereta import berbanding kereta buatan tempatan dalam satu ceramah di sini malam tadi.

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang yang hampir kesemuanya cina, Muhammad Bakhtiar, seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: “Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang.” 

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dan calon PAS Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Asnah Hashim kecuali Mohd Yusmadi walaupun gambarnya telah dimasukkan dalam banner dan poster ceramah.

Terdahulu, ketika berceramah di Teluk Bahang petang semalam, Muhammad Bakhtiar dilihat hadir dengan menaiki kereta mewah Porsche Cayenne S berwarna hitam bersama pemandu peribadi beliau.

Berucap hanya kira-kira 10 minit beliau memberi alasan isi ucapannya telah disampaikan aktivis DAP, Hew Kuan Yau sebelum giliran beliau.

Dua hari lepas 100 penyokong dan anggota PKR membantah keputusan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertaruhkan Muhammad Bakhtiar bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Anwar mengumumkan keputusan itu pada satu ceramah di Sungai Ara 5 April lalu. 

Kumpulan itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.

2 comments:

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini2.com

abdullah kamal md zin said...

Kedai kereta terpakai bungkus.. ..beli kete baru ....kete lama buat reban ayam..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.