Wednesday, April 10, 2013


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan golongan ulama dan tahfiz yang membuat deklarasi mengundi Pas adalah haram mendabik dada kononnya Pas berjaya mendidik DAP menerima Islam.

Beliau mendakwa, perjuangan Pas yang selama ini berkeras mahu menegakkan undang-undang Islam berjaya selepas DAP menyatakan hasrat mahu menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekiranya parti tersebut diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Walau bagaimanapun, Nik Abdul Aziz tidak mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang jelas menolak pelaksanaan undang-undang hudud dan kenyataan berterusan pemimpin DAP menentang keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menolak kalimah Allah digunakan bukan Islam dalam Bible.

Dalam masa sama, beliau tetap bertegas tidak akan bersara daripada politik sebaliknya akan terus berjuang selagi masih bernafas.

Malah, beliau turut menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad 'seorang tua yang nyanyuk' kerana mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara.

Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap berkenaan politik.

"Selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya Menteri Besar itu masalah kedua, tapi saya terus bercakap dalam Islam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Dr. Mahathir ketika berucap di Johor baru-baru ini menasihatkan rakyat menamatkan karier politik tiga pemimpin pembangkang yang telah lama berkecimpung dalam politik iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Nik Abdul Aziz.

Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun manakala jawatan Mursyidul Am Pas dipegangnya sejak 1987.

Keadaan kesihatannya yang semakin uzur dan kerap dimasukkan ke hospital menyebabkan banyak pihak meminta beliau berundur dari arena politik namun pemimpin itu tidak pernah mempedulikan setiap kritikan tersebut.

Sedangkan beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika Dr. Mahathir turut melakukannya.

11 comments:

Anonymous said...

Apa la punya Tok Guru sorang ni. Dari mana dia dapat ilham yang mengatakan DAP sayang dan sokong Islam. Umum tahu terutama orang melayu yang DAP adalah parti politik yang terang terang anti melayu. Bukan kah orang melayu itu orang islam.Jangan lah kerana kemaruk nak menang pilihanraya, islam jadi alat. Kerana taksub akan Tok Guru sorang ini yang semudah dan senang mengeluarkan sesuatu kenyataan, maka ramai lah orang islam menjadi pecah belah. Ini lah akibatnya jika islam diperalatkan untuk kepentingan politik. Habis huru hara umatnya.

Anonymous said...

yg sebenarnya kedua2 belah pihak ada salahnya dan keduanya akan dipersoal diakhirat kelak,,x pernah langsung nak lihat salah sendiri,,itulah masalahnya kalau lakukan sesuatu tanpa fikiran yg waras & tanpa mengharapkan petunjuk Allah,, hentam org ni x betul,kumpulan ni x betul,,Allahu'akbar,,,apa dah jadi ngan kita ni... celik matalah sikit.. pandanglah akan jalan redha Allah,, Jangan jadi manusia x beraqal.. Muhasabah diri kita yg x maksum tu.. perbetulkan apa yg benar2 x betul,,tapi kalo nak betulkan biarlah ngan ilmu... hmm.. dua2 sama saja..

Anonymous said...

x payah celoteh banyk2lah.. Umno ngan Pas pun.... kalo kite ni betul nakkan yg Hak,, sungguh2lah wat kerja tu.. jgn sampai Islam tu kene pijak & dipermainkan Faham!!!!!
Kumpulan lain selain Umno & Pas pun same saje jgn perasan suci, kalo x nak bersungguh tegas dalam menegakkan yang hak,, jngan mimpilah... Semua tu sia2 saja dan Bodoh!! Faham x

Anonymous said...

saya sokong sangat, betul-betul,, tulah kalo dunia dah duduk dlm hati.. kedua-dua komen 10/4/013 ni saya setuju sangat...Tahniah.

Anonymous said...

Memilih diantara DAP dan MCA/Gerakan pada PRU 13(kedua-duanya dikatakan anti Islam) harus bagi kita menimbangkan mana diantara keduanya yang paling banyak membawa mudarat kepada Islam yang itu jangan kita undi. Ambil contoh di PP, DAP tidak menekan kemajuan Islam... malah peruntukan untuk pembangunan agama Islam berlipat kali ganda dibanding zaman Gerakan memerintah. Saranan kita untuk pengundi Islam yang mengundi dikawasan majoriti bukan Islam hendaklah memikirkan faktor ini secara waras.

minyakpanas said...

Untung nya LimKit Siang, Kapal Singh, Lim Guat Eng olih sebab sokong PAS dapat masuk SYURGA PAS jaminan nik aziz!!!!

Jeffry said...

SAYANG DAP KAT PAS ADA MAKNAAAAAA....SYG PAS KAT DAP MEMANG NAK KENAAAAA KEHKEHKEH

Anonymous said...

Sejak bila PAS itu Islam, Islam itu PAS?

Anonymous said...

Nk aziz tau dap xpnh syg islm. Tp die buat2 x tau . Almaklumlah da tua kdg2 ingt kdg2 lupa..

Anonymous said...

Kalo dua2 pun sama jer..tak payah tukar la kerajaan yg sedia ada..ye tak?

Anonymous said...

Troll je

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.