Tuesday, April 2, 2013


Setelah berdepan dengan kontroversi isu Kalimah Allah,yang menghakis teruk imej PAS, orang kuat Dewan Pemuda PAS Pusat,Khairul Fahmi Mat Som layak mendapat tabik spring dari Mohamad Sabu.

Bayangkan Timbalan Presiden PAS itu sendiri tidak berani cakap lancang macam Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat itu dalam usaha untuk ' mengsucikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim dari rangkaian pendedahan video seks.

Hebat...kalau kesucian nama Nabi Muhammad SAW boleh diheret ke dalam kancah untuk menyelamatkan orang yang diragui integriti dan moralnya.

Dimana agaknya letak akal budak PAS ini bila gatal tangan kata "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ini, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan...jahanam UMNO." di twitternya pada 27 Mac.

Paling tidak Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak lama dulu setakat berani mengeluarkan 'fatwa' bodoh kata video adalah besi dan tidak boleh dijadikan bukti.




Siapa agaknya yang bakal jahanam kerana gelagat nak tunjuk pandai dan berlagak jadi wira tak kena tempat ini.

Reaksi semakin mengelegak di kalangan masyarakat Islam negara ini terhadap tweet Khairul Fahmi kerana dianggap ia perbuatan yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Namun untuk berlaku adil pada Khairul Fahmi,berikut disiarkan dulu sepenuhnya kenyataan media beliau mempertahankan dirinya mengenai tweetnya itu.Kenyataan berkenaan dihantar kepada media menerusi email Isnin :


Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 (di tweet tertera 11.58 27 Mac): “Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan......jahanam UMNO” telah menarik perhatian banyak pihak termasuk media cetak dan elektronik. Saya didakwa telah menghina Junjungan Nabi SAW.

Budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik. Perkara ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Isteri Baginda yang suci pernah difitnah berzina menyebabkan Baginda sekeluarga telah menanggung kesusahan dan aib sehingga Allah membersihkannya semula.

Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri hatta terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik porno adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik.

Tiada bezanya perangai munafik dahulu dan kini. Senjata mereka adalah sama. Fitnah yang MELAMPAU.

Saya menegaskan bahawa saya tidak menghina Junjungan Nabi SAW. Tweet saya telah ditafsirkan secara salah terutamanya oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA. Apa yang menjadi fokus sebenarnya dalam tweet saya adalah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Tekanan yang mereka hadapi bilamana ramai rakyat telah benci dan menolak mereka.

Mereka merasakan kesukaran untuk mengekalkan kuasa yang sedang mereka punyai sekarang ini. PRU ke 13 sesuatu yang menakutkan mereka. Justeru mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.

UMNO dan Barisan Nasional telah banyak melakukan perkara yang hina demi kelangsungan politik mereka. Hina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan. Pelbagai pihak termasuk kawan apatah lagi musuh politik mereka telah menjadi mangsa.

Saya ingin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita. Video seks dan cerita skandal pimpinan pakatan rakyat merupakan modal terkini yang mereka usahakan. Ini satu tindakan yang HINA dan JIJIK. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai ISLAM dan moral yang murni.

Maka dengan ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menghina Nabi SAW, tetapi yang hina sebenarnya adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan agar rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah porno yang menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional membunuh musuh politik mereka. Saya amat jelas menginsafi kesucian Nabi dan jengkel terhadap terhadap perangai golongan MUNAFIK yang hidup bersama Baginda. Ancaman dan azab keras daripada Allah (hukum HUDUD) jelas tidak menghalang mereka untuk terus MEMFITNAH.

Khairul Fahmi Mat Som


Malah ikut ceritanya sudah kedengaran di sana sini suara orang dalam PAS sendiri merungut bengang habis pada tweet Khairul Fahmi.

Bagi mereka kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang dulu pasal video besi sudah cukup membuat mereka rasa malu.

Ada yang merasakan PAS tidak harus campurtangan dan biar Anwar sendiri tangani masalahnya sendiri.

Dengar cerita kebimbangan utama mereka jika PAS banyak cakap pasal isu dakwaan video Anwar ini ia akan menyegarkan balik ingatan pada isu dakwaan skandal rakaman perbualan berahi yang mengaitkan Mat Sabu dengan isteri orang bernama Normah satu masa dulu. 

PAS selama ini cuba buat-buat ia macam tidak ada hal sekalipun rakaman perbualan yang sensasi itu masih segar boleh dilayari di youtube :


Skandal rakaman yang didakwa melibatkan orang nombor dua PAS itu dikatakan meletakan parti itu dalam keadaan amat tersepit.

Sebagai sebuah parti yang guna nama Islam,PAS tentu bimbang imejnya boleh masuk longkang jika isu berkenaan kembali hangat diperbualkan lebih-lebih lagi dekat pilihanraya.

Khairul sepatutnya minta nasihat dari Mat Sabu dulu sebelum pandai-pandai nak jolok sarang tebuan.

Tidak pun beliau ambil masa untuk melayari you tube rakaman itu untuk menghayati dan menilai sendiri suara lelaki dan wanita yang sedang bercengkarama dalam talian itu.

Kalau ada keraguan dihati,Khairul boleh minta penjelasan dari Timbalan Presiden PAS kenapa suara itu rasa 'macam pernah dengar'.

Beliau patut ada keberanian bertanya pada Mat Sabu apakah itu fitnah atau benar.

Sebagai budak muda yang patut ada akal Khairul boleh nilai sendiri setelah dengar sendiri rakaman itu dan minta penjelasan dari Mat Sabu.

Kalau menemui jalan buntu Khairul Fahmi boleh minta pedoman dari kawan-kawannya dalam pimpinan Dewan Pemuda PAS yang bijak pandai khususnya ketua pergerakan itu Nasarudin Tantawi.

Memang mudah nak kata fitnah,tipu,konspirasi dan segala macam lain termasuk yang ekstrem dibuat menerusi tweet Khairul Fahmi yang guna nama Nabi Muhammad SAW untuk buat perbandingan.

Namun dari segi prinsipnya kalau sesuatu dakwaan itu benar…ia tetap benar.

Semua orang tahu sejak dakwaan video China Doll yang didedahkan oleh Datuk Sharzly Eskay Abdullah @ Datuk T dua tahun lampau,PAS tidak pernah tunjuk minat untuk cari kebenaran.

Begitu lama masa berlalu pimpinan PAS terus biar ahlinya telan bulat-bulat ‘fatwa’ Haji Hadi video itu besi dan tidak boleh jadi bukti.

‘Fatwa’ itu dibuat berasaskan perundangan Syariah yang memerlukan empat Hamba Allah saksi untuk mengesahkan perbuatan zina.

Sedangkan fakta di depan mata ialah video itu telah disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Senang cakap…perlukah orang yang didakwa itu ‘buat kerja’ tengah jalan baru nak tepuk dahi.

Ada benda yang senang-senang orang yang didakwa boleh ‘nafi kosong’ begitu saja,namun dakwaan video China Doll itu disokong oleh berbagai bukti lain.

Ini termasuk Eskay sendiri sebagai saksi yang kelihatan dalam video itu.Lebih meyakinkan adanya rakaman CCTV lelaki yang iras Eskay dan Anwar sedang naik dan turun lif di lokasi.

Apa fakta teknikal yang PAS ada untuk mempertikaikan kajian pakar luar negara yang mengesahkan video itu 99.9 peratus tulin.

Bukan rahsia PAS dikatakan cukup bimbang nak cari kebenaran isu itu kerana tahu sangat ia boleh bikin retak habis pakatan pembangkang yang sekaligus menghancurkan terus impian untuk Putrajaya.

Atas nama politik mereka sedia pejam mata dan buat pekak telinga saja.

Bayangkan kalau video seumpama itu melibatkan pemimpin UMNO,mungkin merekalah orang pertama yang terkinja-kinja nak desak itu…desak ini dan nak korek sampai ke lubang cacing.

Sebab itu apa nak hairan kalau orang muda macam Khairul Fahmi sendiri sedia terus diperbodohkan ataupun membodohkan diri sendiri kerana nawaitu politik.

Ramai orang kini merasa begitu diperbodohkan melihat gelagat Pengarah Strateji PKR Rafizi Ramli sendiri dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR baru-baru ini.

Takut sungguh orang kanan Anwar itu nak jawab soalan mudah...kenapa hanya berani saman Papagomo yang dikaitkan sebar video Raja Goyang baru ini tetapi tidak berani saman Datuk T yang sebar video China Doll dua tahun lampau.

Apakah Dewan Pemuda PAS Pusat tidak merasa curiga pada gelagat macam itu sedangkan orang biasa yang lepak tepi longkang pun cukup hairan dan pelik?

Namun jangan nak harap Pemuda PAS sendiri berani nak jolok bertanya soalan yang sensitif itu.

Elok sangat Khairul Fahmi ajak gengnya dalam Pemuda PAS duduk sembang-sembang perah otak di kedai kopi dekat ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur bagaimana nak lepas diri dari sangkut dalam isu dakwaan video seks Anwar.

Bukan senang nak tanggong beban ini jika melihat pada jalan cerita klip video yang sah 99.9 peratus tulin ini.

Apa lagi mereka terpaksa mempertahankannya cara membabi buta tanpa usul periksa, soal siasat dan kena tunduk pada ‘fatwa’ video besi.- AGENDA DAILY

6 comments:

Anonymous said...

Khairul Fahmi Mat Som bagaikan Kaduk naik junjung.

Anonymous said...

Kalau nak tau Inilah jenis lembu dan ayam yang mursyidul nik aziz selalu war-warkan ... bodoh macam lembu bangang macam bapak ayam jantan berkokok tak bertempat ... khairul fahmi lembu .. khairul fahmi bapak ayam bodoh ... yang seronok anwar bangsat ..

Anonymous said...

Jika kita tak cerdik @ bodoh jangan ingat semua orang itu bodoh seperti kita atau perbofoh-bodohkan orang lain.

Anonymous said...

bodoh...mkn taik

Anonymous said...

Mendedahkan perilaku yg buruk yang melibatkn pemimpin yg secara nyata melakukan perlakuan jijik dan hina itu wajar kerana ia melibatkan masa depan dan maruah negara. Rakyat perlu tahu siapa pemimpin yang baik dan bermaruah untuk menerajui kepimpinan negara. Cara yg terbaik untuk membersihkan tohmahan itu ialah dengan menafikannya melalui sumpah laknat. Berani kerana benar, takut kerana salah.

ibnusahdan said...

1 ayat yg aku sokong dia ialah hukum hudud takkan membuatkan orang takut untuk membuat kesalahan.MESKIPUN KAMU GUNA LEBIH DRPD HAD HUKUM DGN MEMBUNUH PENCURI,ORANG TETAP TAK TAKUT MENCURI.LAKSANA HUDUD BELUM TENTU DPT MENGINSAFKAN MANUSIA,TAPI JIKA AJAR MANUSIA ITU BAHAWA ALLAH MAHA MELIHAT.INSYA'ALLAH MANUSIA ITU AKAN INSAF.ayat2 yg sebelumnya mmg nak fitnah UMNO.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.