HOT : ANWAR PENAKUT KATA NAJIB.... #pg13 #GE13


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana beliau tidak yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut.

Anwar dikhabarkan akan beralih angin ke Perak tetapi tidak menamakan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya.

"Dia (Anwar) berasa tidak selamat di Permatang Pauh kerana dia mengabaikan penduduk di sana yang memilihnya untuk sekian lama sejak dia menyertai politik," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Menurut Najib, jika dia (Anwar) berani mengabaikan nasib rakyat di Permatang Pauh, tidak mustahil dia akan melakukan perkara sama pada masa hadapan.

"Rakyat harus sedar mengenai perkara itu. Soalnya bukan isu politik tetapi soal prinsip lebih utama," katanya.

Najib bagaimanapun berkata beliau tidak akan sesekali meninggalkan kerusi Parlimen Pekan.

"Saya setia kepada penduduk di Pekan dan tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kawasan ini. Hidup, mati saya di sini," katanya.
HOT : ANWAR PENAKUT KATA NAJIB.... #pg13 #GE13 HOT : ANWAR PENAKUT KATA NAJIB.... #pg13 #GE13 Reviewed by Empayar Pemuda on 4:18 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.