HOT : ANWAR MARAH BILA PAKAR EKONOMI KATA... #GE13 #PRU13


Pakar ekonomi dan kewangan, Profesor Datuk Dr Sudin Haron menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang cemerlang dengan pendekatan strategik ke arah memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih gemilang. 

Najib patut mendapat mandat daripada orang ramai untuk terus memimpin negara dalam pilihan raya umum akan datang, katanya. Sudin, pengarah Pusat Harta Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Wakaf Malaysia berkata Program Transformasi Ekonomi perdana menteri itu telah menghasilkan banyak keputusan positif. 

"12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah ETP berpotensi untuk menyumbang jumlah ketara kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya kepada Bernama. 

"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat daripada RM630 bilion pada 2009 kepada RM749 bilion pada 2012. Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) juga meningkat daripada RM605 bilion kepada RM698 bilion pada tempoh yang sama. 

"Pelaburan terus asing (FDI) juga meningkat daripada RM5 bilion pada 2009 kepada RM37 bilion bagi 2011," tambah Sudin. 

Beliau juga berkata ketibaan pelancong asing ke Malaysia telah meningkat daripada 24.6 juta pada 2009 kepada 25 juta bagi 2012. 

"Di bawah pentadbiran Najib, lebih banyak peluang pekerjaan telah dicipta. "Sebagai contoh, lebih 300,000 pekerjaan baharu dicipta pada 2011 dan 800,000 untuk 2012," katanya. 

Menurut Sudin, data daripada Bank Dunia menunjukkan Najib juga telah membantu meningkatkan Malaysia kepada taraf yang lebih tinggi dalam beberapa bidang berbanding lain-lain negara. 

"Beliau telah memperkenalkan banyak inisiatif yang memberi kesan langsung kepada golongan berpendapatan rendah. Semua ini adalah di bawah konsep 1Malaysia," katanya. 

Sudin berkata di bawah pentadbiran Najib, terdapat lebih kebebasan politik. "Beliau telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meminda Akta Pendidikan Tinggi Kebangsaan. "Saya percaya di bawah kepimpinan Najib, Malaysia telah berkembang pesat sejajar dengan Wawasan 2020. Oleh itu, rakyat Malaysia patut menyokong kepimpinannya," tambah beliau. — Bernama




HOT : ANWAR MARAH BILA PAKAR EKONOMI KATA... #GE13 #PRU13 HOT : ANWAR MARAH BILA PAKAR EKONOMI KATA... #GE13 #PRU13 Reviewed by Empayar Pemuda on 12:36 PM Rating: 5

4 comments:

  1. mengapa nak marah!...memang benar dan diakui oleh pakar2 dlm dn luar negara!...tak percaya tanyalah rakyat yang semuanya dapat merasakan...syukur Alhamdulillah!...moga PM kita terus sihat dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk terus memimpin negara mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi...Insya-Allah!

    ReplyDelete
  2. Usaha yang murni akan diberkati Allah... untuk umat Melayu Islam kekal dalam kesejahteraan.

    ReplyDelete
  3. Aku sokong. Of course kali ni aku undi bn...vote bn utk TUKAR Selangor...

    ReplyDelete
  4. Vote BN untuk masa depan lebih gemilang..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.